Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Pompeo: Korea U mesti segera hapus senjata nuklear

Jun 15, 2018 | 5:30 AM
BERI AMARAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo (kanan), berkata sekatan ke atas Pyongyang tidak akan dilonggarkan sehingga senjata nuklear dihapuskan. - Foto AFP
BERI AMARAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo (kanan), berkata sekatan ke atas Pyongyang tidak akan dilonggarkan sehingga senjata nuklear dihapuskan. - Foto AFP -

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, memahami bahawa penghapusan senjata nuklear mesti berlaku dengan "cepat", kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, semalam, sambil memberi amaran sekatan ke atas Pyongyang tidak akan dilonggarkan sehingga proses itu selesai.

Encik Pompeo berkata, Washington tetap komited terhadap penghapusan "lengkap, dapat disahkan dan tidak boleh dipulihkan semula" senjata nuklear Korea Utara, selepas kenyataan bersama yang dihasilkan pada sidang puncak Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan Encik Kim di Singapura menarik kritikan kerana kekurangan terperinci mengenai isu utama itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg