WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, berkata pemimpin Arab Saudi menegaskan tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam konsulat negara itu di Istanbul ketika lawatan wartawan Jamal Khashoggi dan berjanji melakukan siasatan serius dan telus.

"Dalam pertemuan hari ini (kelmarin), kepimpinan Arab Saudi menafikan sekeras-kerasnya mereka mengetahui apa terjadi dalam bangunan konsulat di Istanbul.