Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Potensi gelembung perjalanan Australia-SG

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Beberapa pemimpin Australia telah menyebut Singapura sebagai antara destinasi yang berpotensi untuk dibentuk gelembung perjalanan yang seterusnya bagi warga Australia, bersama dengan sebilangan negara Asia dan Pasifik Selatan lain.



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Michael McCormack, berkata "perbincangan awal" sudah berjalan, dan Singapura berada di tangga teratas dalam senarai kerajaannya.



"Sama ada Singapura seterusnya atau... salah satu negara Pulau Pasifik, kita sedang dalam perbincangan itu," katanya.



"Sedang vaksinasi dilakukan, di sini dan juga di negara lain, itulah yang akan berlaku."



Beliau berkata kerajaan Australia sedang mencari peluang lebih lanjut untuk mendapatkan gelembung perjalanan dengan negara yang berisiko rendah bagi jangkitan Covid-19, dan perbincangan dengan Singapura dimulakan beberapa minggu lalu antara jabatan kementerian pengangkutan kedua-dua negara.



"Kita harap lebih banyak gelembung perjalanan dapat dibuka, dengan kemungkinan Singapura, (dan) mungkin juga Jepun, Korea Selatan, negara kepulauan Pasifik Selatan," katanya kepada Sky News.



Australia baru sahaja memulakan gelembung perjalanan dengan negara jiran New Zealand pada Isnin lalu.



Langkah itu membolehkan kemasukan ke dua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin, sebagai sebahagian usaha merancakkan sektor pelancongan yang merupakan antara pendapatan utama dua negara itu.



Sejak wabak Covid-19 menular, Australia telah mengenakan beberapa sekatan perjalanan yang paling ketat di dunia.



Kemasukan hanya dibenarkan buat warga Australia, penduduk tetap dan keluarga mereka, yang sebahagian besarnya perlu membayar kos kuarantin 14 hari yang diwajibkan ke atas mereka.



Dan penduduk Australia dilarang meninggalkan negara itu, walaupun mereka boleh meminta pengecualian daripada kerajaan.



Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Australia hampir bebas kes Covid-19 dalam kalangan penduduk tempatan dan kehidupan hampir kembali biasa.



Hanya beberapa kali berlaku jangkitan kes tempatan setelah berlaku masalah perihal prosedur kuarantin, namun ini dapat ditangani dengan cepat dan mencegah penularan meluas.



Kini, sedang Australia dan negara lain mulakan program vaksinasi masing-masing, sektor perjalanan negara itu telah mendesak Canberra untuk mencari jalan membuka semula sempadannya.



Walaupun gelembung perjalanan New Zealand telah memberi dorongan kepada sektor pelancongan, pelancong bernilai tinggi dari Asia, Amerika dan Eropah masih tidak dapat berkunjung ke Australia.



Ketua eksekutif syarikat penerbangan Qantas, Encik Alan Joyce, berkata beliau berharap Australia akan dapat membuka gelembung perjalanan ke destinasi seperti Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun. - ST, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >