Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Potret baru 'Duchess of Cambridge', Kate Middleton, sempena ulang tahun ke-40

Jan 9, 2022 | 2:55 PM
FOTO AFP/PAOLO ROVERSI
FOTO AFP/PAOLO ROVERSI -

LONDON: Tiga gambar baru tokoh diraja Britain, Kate Middleton, yang dikenali sebagai Duchess of Cambridge, dipaparkan Istana Kensington pada Sabtu (8 Januari) sebagai sambutan ulang tahunnya yang ke-40 pada Ahad (9 Januari).

Potret fokus kabur oleh jurugambar fesyen Italy, Paolo Roversi, akan dibawa menjelajah beberapa tempat di Britain tahun ini sebelum ia digantung sebagai koleksi tetap Galeri Potret Nasional, di mana Kate merupakan penaungnya.

Kate menyertai keluarga diraja pada 2011 apabila beliau mendirikan rumahtangga bersama cucu Ratu Elizabeth, Putera William, dan kini merupakan yang kedua dalam susur galur keluarga yang akan bergelar raja, dalam satu majlis gilang-gemilang yang disaksikan ratusan juta orang merata dunia.

Salah satu gambar terbaru itu menunjukkan profil Kate yang memandang ke tepi dengan gaun putih persis gaun kahwin sementara cincin batu nilam yang menjadi cincin pertunangannya dan pernah disarung ibu William, mendiang Puteri Diana, kelihatan jelas terpampang.

Satu lagi foto, satu-satunya yang dirakam berwarna, menunjukkan Kate dengan gaun merah memandang ke arah kamera dengan senyuman lebar. Foto ketiga pula menunjukkan Kate menggayakan baju putih beropol-ropol, sekali lagi tersenyum ke arah kamera.

Tiga foto ini, yang mempunyai latar neutral yang tidak kelihatan begitu ketara kesemuanya dipetik sekitar November di kebun bunga di Kew, London Barat, jelas Istana Kensington.

Potret ini akan menjelajah Berkshire, sekitar selatan England, di mana Kate dewasa; St Andres, Scotland, di mana Kate bertemu William di universiti; dan Anglesey di Wales, di mana pasangan ini tinggal sementara William berkhidmat sebagai juruterbang helikopter mencari dan menyelamat di pangkalan Tentera Udara Diraja kepulauan itu.

Tinjauan yang diadakan memberi gambaran bakal raja dan permaisuri dengan tiga anak ini kini adalah tokoh diraja paling terkenal dalam kerajaan monarka 95 tahun itu.

Menurut laporan media, Kate akan menyambut ulang tahunnya pada Ahad dengan hanya keluarga dan sahabat rapat menemaninya kerana gelombang Covid-19 terkini yang menular diburukkan dengan varian Omicron. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg