Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo mungkin tanding jawatan Presiden Indonesia buat kali ketiga

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, kemungkinan bertanding sebagai calon Presiden untuk kali ketiga.



Ini selepas parti politiknya didaftarkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2024, sekali gus memberi petanda kemungkinan beliau bakal menyertai persaingan bagi merebut jawatan utama itu.



Encik Prabowo sebelum ini tewas dua kali kepada Encik Joko 'Jokowi' Widodo dalam pemilihan presiden pada 2014 dan 2019.



Namun, pemerintah Indonesia mengehadkan jawatan presiden negara itu kepada tempoh dua penggal sahaja. Ini bermakna Encik Jokowi akan melepaskan jawatan itu, dan pemilihan akan dilakukan.



Encik Prabowo, 70 tahun, menantu kepada bekas pemimpin nombor satu Indonesia, Encik Suharto, mendaftarkan partinya, Parti Gerindra, Isnin lalu dan memaklumkan sedia bertanding jika dicalonkan partinya.



"Ini adalah tugas yang suci, berkhidmat kepada rakyat. Sudah tentu saya akan menerimanya jika dicalonkan," kata beliau.



Sebagai bekas ketua unit pasukan khas tentera yang terpalit dengan dakwaan kekejaman, Encik Prabowo pernah disekat daripada memasuki Amerika Syarikat atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia, tuduhan yang dinafikannya.



Tiada pertuduhan dibuat atau dapat dibuktikan malah, Amerika turut membatalkan sekatan itu pada 2020.



Penganalisis dari Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, Encik Edbert Gani, berkata Encik Probowo mampu menjadi calon yang kuat memandangkan beliau adalah anggota Kabinet selain Encik Jokowi tidak lagi boleh bertanding bagi merebut jawatan Presiden.



"Rejim Encik Jokowi menjadi pelaburan politik kepada Encik Probowo ketika ini.



"Rakyat melihat hubungan yang lebih erat dan saling menguntungkan antara pemerintah dan kemnya," katanya.



Encik Jokowi pula buat masa ini tidak menunjukkan dengan jelas sokongan rasminya kepada mana-mana calon yang bakal menggantikannya sebagai Presiden.



Tinjauan pendapat terbaru menunjukkan Encik Prabowo antara pemimpin politik popular bagi mengisi jawatan berkenaan, selain Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, dan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan.



Terdahulu, Encik Prabowo tiba di bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya bersama seorang pemimpin Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), sekali gus menimbulkan spekulasi wujud pakatan antara mereka.



PKB pula menerima sokongan daripada persatuan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama, dengan agama menjadi faktor utama dalam pilihan raya baru-baru ini. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >