Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pramugara tidak seharusnya terbang bersama MH17

Jul 18, 2014 | 8:19 PM
8b180699-75fc-40d1-bccd-b130f5366ec5
-

BUKIT MERTAJAM: Seorang pramugara, Encik Sanjid Singh Sandu, 41 tahun, tidak sepatutnya berada dalam pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut bapanya, Encik Jijar Singh, 71 tahun, Encik Sanjid menukar syif bersama rakan sekerjanya.

Ibunya yang berumur 71 tahun telah merancang untuk memasak masakan kegemaran anaknya itu apabila beliau sepatutnya tiba di Pulau Pinang.

"Sanjid pulang rumah bulan lalu dan juga berbual dengan saya melalui telefon sebelum penerbangan ini.

"Saya tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir saya dengannya.

"Apa yang sudah berlaku telah pun berlaku," kata Encik Jijar, kepada para wartawan di rumahnya di Taman Selamat, sambil menangis.

Encik Jijar dan isterinya menerima berita dari menantu perempuannya, yang juga seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS) pada waktu 4 pagi dini hari tadi. - The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg