Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prayut akan tanding untuk kekal sebagai PM Thai

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, berkata beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum yang bakal diadakan sebelum Mei tahun depan bagi mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.



Pemimpin berusia 68 tahun itu adalah seorang panglima tentera berpangkat jeneral yang memimpin satu rampasan kuasa pada 2014 sebelum mengukuhkan kedudukannya dalam pilihan raya kontroversial 2019. Tetapi popularitinya kini dalam keadaan suram.



Parti Negara Thai Bersatu yang baru ditubuhkan "telah menawarkan untuk menyokong saya menjadi calon PM (Perdana Menteri) seterusnya dalam pilihan raya akan datang", kata beliau kepada pemberita di luar Rumah Kerajaan di Bangkok semalam.



"Saya mahu menjelaskan hari ini (semalam) bahawa saya telah memutuskan saya akan menyertai peranan itu."



Encik Prayut dijangka secara meluas meninggalkan Parti Palang Pracharath (PPRP), yang mengetuai gabungan parti-parti kerajaan. PPRP telah mengumumkan ketuanya, pemangku Timbalan PM, Encik Prawit Wongsuwan, akan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kelak.



Encik Prawit juga pernah berkhidmat dalam tentera, dan hubungan politik mereka terjalin selama beberapa dekad.



Encik Prayut berkata hubungan antara mereka kekal kukuh walaupun terdapat pemisahan laluan politik mereka.



Pada September, Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan bahawa had penggal lapan tahun Encik Prayut sebagai PM akan berakhir pada 2025.



Tarikh pilihan raya belum diputuskan, tetapi jika parlimen tidak dibubarkan awal, penggalnya akan tamat pada Mac 2023, menetapkan tarikh mengundi Mei tahun depan.



Parti pembangkang Pheu Thai sedang meningkat naik dalam pemilihan tetapi perlembagaan semasa Thailand, yang digubal di bawah pemerintahan tentera, menyusun sistem itu agar memihak kepada parti ada kaitan dengan tentera. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >