Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prayut hadapi cabaran getir dalam p'raya umum

Analisis jangka parti pembangkang, Pheu Thai mungkin menang besar pada Mei ini
Apr 22, 2023 | 2:00 PM
HADAPI CABARAN BESAR: Perdana Menteri Thailand merangkap pemimpin parti United Thai Nation, Encik Prayut Chan-O-Cha (kiri) ketika berkempen di sekitar Chinatown, Bangkok. - Foto
HADAPI CABARAN BESAR: Perdana Menteri Thailand merangkap pemimpin parti United Thai Nation, Encik Prayut Chan-O-Cha (kiri) ketika berkempen di sekitar Chinatown, Bangkok. - Foto - AFP

BANGKOK: Parti pembangkang, Pheu Thai, kemungkinan besar memenangi pilihan raya umum Thailand pada 14 Mei ini, dengan jangkaan memperoleh hampir separuh atau 200 daripada 400 kerusi Ahli Parlimen yang dipertandingkan.

Ia berdasarkan penyelidikan pasukan pengarang akhbar negara itu, Nation Group, hasil tinjauan terbaru ke atas pengundi yang layak di seluruh negara.

Pheu Thai mempunyai peluang cerah untuk memenangi 194 kerusi Parlimen dan boleh memperoleh lebih banyak kerusi dalam persaingan 84 kerusi panas yang dipertandingkan.

Satu parti gabungan pemerintah yang akan keluar, Parti Bhumjaithai, dijangka menduduki tempat kedua, dengan peluang memenangi 58 kerusi dan berdepan saingan sengit bagi 44 lagi kerusi.

Parti Demokrat, parti politik tertua di Thailand, kemungkinan menduduki tempat ketiga, dengan peluang memenangi 51 kerusi Parlimen, dengan harapan menang di lima lagi kerusi.

Nation Group buat pertama kalinya, mengeluarkan analisis tinjauan pilihan raya di seluruh negara itu, pada Jumaat. (21 Apr)

Analisis dijalankan editor kumpulan media itu dan wartawan wilayah di seluruh negara, melalui tinjauan dari rumah ke rumah ke atas pengundi yang layak.

Sampel statistik dipilih secara sistematik dan hasil tinjauan dianalisis sepasukan penyelidik, diketuai penolong presiden Universiti Navamindradhiraj yang juga pengarah Nation Poll, Penolong Prof Chettha Subyen.

Ia adalah sebahagian daripada projek "Road to The Future: Election 2023", kerjasama antara Nation Group dan pasukan penyelidik universiti.

Pada pilihan raya 14 Mei ini, pengundi akan mengundi dua kali, iaitu satu untuk memilih Ahli Parlimen kawasan dan satu lagi, parti politik kegemaran mereka. - BHM, AGENSI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg