Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Presiden Amanah jangka PH berdepan cabaran amat sukar

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Encik Mohamad Sabu, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman.



"Masih ada riak-riak dan gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli- ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka 'Fastabiqul Khairat' atau "Perlumbaan Yang Baik", kata Encik Mohamad.



Keadaan itu berlaku disebabkan pelbagai masalah dalaman, katanya namun, tidak menyatakan sama ada ia melibatkan pembahagian kerusi 'boleh menang' dalam kalangan parti komponen.



Encik Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi PRU15 dijangka diselesaikan hujung bulan ini.



Namun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, ketika mengulas kenyataan terbaru Presiden Amanah itu menjangka PKR serta PH boleh selamat walaupun dalam pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) di 27 kerusi marginal pada pilihan raya umum PRU ke-15 nanti.



Katanya, andaian itu dibuat berdasarkan pembolehubah yang terdiri daripada sehingga 30 peratus sokongan Melayu di kerusi majoriti Melayu, lebih 80 peratus sokongan bukan Melayu dan peratusan keluar mengundi mengatasi 75 peratus.



"Daripada 27 kerusi bertindih itu, majoritinya adalah kerusi PKR. Kerusi ini biasanya di kawasan pilihan raya pengundi Melayu seramai antara 60 peratus dengan 70 peratus.



"Jadi, yang dikatakan jika Umno-BN dan PN bergabung dan mengelak pertembungan di sini, mereka boleh menguasai sehingga 90 peratus undi Melayu dan dengan itu mereka boleh menang walaupun tidak mendapat banyak sokongan bukan Melayu," kata Encik Rafizi, yang juga pengarah pilihan raya PKR itu pada sidang media semalam.



Kelmarin, Dewan Ulama Parti Se-Islam Malaysia (PAS) Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak PH dalam PRU15 akan datang.



Kegagalan pemerintahan PH sepanjang 22 bulan pasca-PRU14 jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai kredibiliti mentadbir baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >