Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Amanah jangka PH berdepan cabaran besar

Sep 18, 2022 | 04:28 PM



KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Encik Mohamad Sabu, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman.


“Masih ada riak-riak dan gejala yang amat tidak saya senangi. 

“Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka ‘Fastabiqul Khairat’,  atau ‘Perlumbaan Yang Baik’”, kata Encik Mohamad.


Keadaan itu berlaku disebabkan pelbagai masalah dalaman, katanya, namun tidak menyatakan sama ada ia melibatkan pembahagian kerusi ‘boleh menang’ dalam kalangan parti komponen PH.


Encik Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja  berkata rundingan agihan kerusi antara parti komponen PH bagi menghadapi PRU15 dijangka  diselesaikan hujung bulan ini. 


Namun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, ketika mengulas mengenai kenyataan Presiden Amanah itu menjangkakan PKR serta PH boleh selamat walaupun dalam pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) di 27 kerusi marginal pada pilihan raya umum PRU ke-15 nanti.


Katanya, andaian itu dibuat berdasarkan pembolehubah (variable) yang terdiri sehingga 30 peratus sokongan Melayu di kerusi majoriti Melayu, lebih 80 peratus sokongan bukan Melayu dan peratusan keluar mengundi mengatasi 75 peratus.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >