Premium
Presiden awam pertama Myanmar angkat sumpah
Mar 31, 2016 | 5:30 AM
ANGKAT SUMPAH: Presiden baru Myanmar, Encik Htin Kyaw (dua dari kanan), diapit Naib Presiden Myint Swe (dua dari kiri) dan Encik Henry Van Thio (kanan) mengangkat sumpah di hadapan Speaker Parlimen Mahn Win Khine Than dalam satu majlis di Naypyidaw semalam. - Foto AFP -
YANGON: Encik Htin Kyaw mengangkat sumpah sebagai presiden baru Myanmar semalam, sekali gus mencatat sejarah penting negara itu, yang menyaksikan peralihan kuasa daripada pemerintahan junta tentera kepada pentadbiran awam.
Lelaki berusia 69 tahun itu merupakan proksi ikon demokrasi, Cik Aung San Suu Kyi, yang tidak layak memegang jawatan tertinggi tersebut kerana terikat pada perlembagaan negara itu yang digubal pihak tentera sebelum ini.

