Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Biden bentang rangka kerja ekonomi Asia Pasifik

May 24, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Encik Joe Biden telah melancarkan satu inisiatif perdagangan baru Asia-Pasifik di Tokyo, dengan 13 negara termasuk India dan Jepun.



Encik Biden telah merasmikan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF), pada hari kedua beliau berada di Jepun di mana beliau mengadakan beberapa perbincangan bersama Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida.



"Rangka Kerja ini adalah komitmen untuk bekerjasama dengan teman dan rakan rapat kami di rantau ini berkenaan cabaran yang amat penting dalam menjamin daya saing ekonomi dalam abad ke-21 ini," kata Encik Biden.



Tidak seperti pakatan perdagangan tradisional, tiada rancangan bagi anggota IPEF membuat rundingan terhadap tarif atau cukai terhadap eksport atau import bagi memudahkan akses bagi menembusi pasaran negara luar.



Inisiatif itu merupakan kerjasama bersepadu menerusi standard yang dipersetujui dalam empat bidang utama; iaitu ekonomi digital, rantaian bekalan, prasarana kuasa mesra alam dan langkah cegah rasuah.



Senarai pertama anggota pakatan itu selain Amerika Syarikat adalah Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.



"Kami sama-sama mempunyai komitmen untuk membina rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, adil, berdaya tahan, selamat dan makmur," kata anggota pakatan itu dalam satu kenyataan bersama.



"Mendalami pendekatan ekonomi adalah penting bagi mengekalkan pembangunan, keamanan dan kemakmuran," tambah kenyataan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >