Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden China, Messi antara disebut dalam kebocoran 'Panama Papers' berkaitan elak cukai

Apr 04, 2016 | 12:47 PM



PARIS: Satu kebocoran besar 11.5 juta dokumen cukai pada Ahad (3 April) mendedahkan urusan luar pesisir rahsia beberapa pembantu kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, para pemimpin dunia dan selebriti, termasuk pemain bola sepak Barcelona, Lionel Messi.



Siasatan ke atas dokumen itu oleh lebih 100 kumpulan media, yang digambarkan sebagai antara siasatan terbesar serupa itu dalam sejarah, mendedahkan urusan luar pesisir rahssia dalam aset sekitar 140 tokoh politik, termasuk 12 ketua atau bekas ketua negara.



Kumpulan rekod yang besar itu diperolehi daripada sumber tanpa nama oleh sebuah akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung, dan dikongsi dengan media di seluruh dunia oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).



Siasatan itu menghasilkan 11.5 juta dokumen dari sekitar 214,000 entiti luar pesisir, kata ICIJ.



Dokumen-dokumen yang bocor datang daripada Mossack Fonseca, sebuah firma guaman berpusat di Panama dengan pejabat di lebih 35 negara.



Walaupun kebanyakan urusan yang didakwa itu dikatakan oleh ICIJ sebagai sah mengikut undang-undang, ia mungkin mempunyai kesan politik serius bagi banyak tokoh dinamakan.



Antara dakwaan utama hasil siasatan ICIJ ialah:



- sekutu rapat Encik Putin "secara rahsia memindah-mindah AS$2 bilion ($2.7 bilion) melalui bank dan syarikat bayangan"



- Fail itu mengenal pasti syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan keluarga Presiden China, Encik Xi Jinping, yang mengetuai kempen antirasuah di negaranya.



- firma undang-undang seseorang anggota jawatankuasa etika Fifa, Juan Pedro Damiani, mempunyai hubungan perniagaan dengan tiga orang yang didakwa dalam skandal Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa): bekas naib presiden Fifa, Eugenio Figueredo, serta Hugo Jinkis dan anaknya, Mariano, yang dituduh membayar rasuah untuk memenangi hak penyiaran bola sepak di Amerika Latin.



- Messi dan bapanya memiliki sebuah syarikat Panama, Mega Star Enterprises Inc, iaitu sebuah syarikat yang digunakan sebagai alat bagi menjalankan urusan kewangan, yang sebelum ini tidak dikesan semasa siasatan di Sepanyol berhubung ehwal cukai dua beranak itu.



Nama yang disebut dalam kebocoran itu termasuk Presiden Ukraine, Raja Arab Saudi dan Perdana Menteri Pakistan, kata kenyataan ICIJ itu.



Pemerintah Panama telah menegaskan pada Ahad akan "bekerjasama bersungguh-sungguh" dengan sembarang siasatan undang-undang yang mungkin akan dilancarkan berikutan kebocoran data daripada 'Panama Papers' itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >