Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden China, Russia akan hadiri puncak G-20: Jokowi

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Kededua Presiden China, Encik Xi Jinping, dan pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin, merancang menghadiri sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) di pulau Bali akhir tahun ini, kata Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.



"Xi Jinping akan datang. Presiden Putin juga telah memberitahu saya beliau akan datang," kata Encik Widodo, lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, dalam satu temu bual dengan Ketua Pengarang Bloomberg News, Encik John Micklethwait.



Ini kali pertama pemimpin Indonesia itu mengesahkan dua pemimpin itu akan hadir di sidang puncak November G-20.



Kehadiran Encik Xi dan Encik Putin di mesyuarat itu akan mencetuskan pertembungan dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan pemimpin demokratik lain, yang kesemuanya akan bertemu secara peribadi buat kali pertama sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Kementerian Luar China tidak segera mengesahkan mengenai rancangan Encik Xi itu, yang tidak pernah ke luar negara sejak permulaan wabak Covid-19.



Jurucakap Kremlin enggan mengulas tetapi seorang lagi pegawai yang rapat dengan keadaan itu mengesahkan Encik Putin sedang merancang untuk menghadiri mesyuarat itu secara peribadi.



Encik Putin dan Encik Widodo ada membincangkan persiapan bagi sidang puncak G-20 di Bali dalam satu panggilan telefon sebelum ini, menurut satu kenyataan Kremlin namun tidak menyebut sama ada pemimpin Russia itu akan hadir.



Kehadiran Encik Putin juga boleh membawa beliau bersemuka dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, buat kali pertama sejak pencerobohan Russia memandangkan presiden Ukraine itu juga dijadual berada di Bali.



Sebelumnya, Encik Biden telah menggesa agar Russia disingkirkan daripada G-20 berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine, dengan pegawai Amerika memberi tekanan kepada Indonesia untuk tidak mengundang Encik Putin ke sidang Bali.



Ketegangan juga meningkat antara Amerika dengan China, sedang Encik Biden dan Encik Xi membuka peluang untuk mengadakan pertemuan bersemuka pertama mereka di luar sidang puncak Bali.



Sebagai tuan rumah G-20, Indonesia telah berusaha mengimbangi hubungan antara kuasa besar sambil menentang tekanan untuk mengecualikan Russia daripada sidang kumpulan itu.



"Indonesia mahu berkawan dengan semua," katanya.



"Kami tidak mempunyai masalah dengan mana-mana negara. Setiap negara mempunyai pendekatan mereka sendiri. Setiap pemimpin ada pendekatan masing-masing.



"Tetapi apa yang diperlukan oleh Indonesia ialah pelaburan, teknologi yang akan mengubah masyarakat kita."



Indonesia sedang mengusahakan peningkatan perdagangan dan pelaburan yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonominya selain meningkatkan kehidupan 275 juta penduduk negara itu, tambah Encik Widodo. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >