Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden dan isteri turut beri hormat terakhir kepada pegawai polis terkorban di Capitol

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengadakan lawatan mengejut ke Capitol lewat kelmarin di mana pegawai polis, Encik Brian Sicknik, yang terkorban selepas mengalami kecederaan semasa rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu, ditempatkan untuk penghormatan terakhir.



Encik Biden, yang turut diiringi isteri, Wanita Pertama Cik Jill Biden, sebelum ini berhubung dengan ahli keluarga mendiang untuk "menyampaikan ucapan takziah dan simpati atas kehilangan tragik mereka," kata setiausaha akhbar Rumah Putih, Cik Jen Psaki, kelmarin.



Mendiang Sicknick mengalami kecederaan semasa berlaku perkelahian apabila beliau cuba menghalang penyokong mantan Presiden Donald Trump yang cuba memasuki Dewan Kongres untuk menghentikan pengiraan undi Badan Perwakilan Pemilih.



Mendiang rebah dan meninggal dunia.



Senat pada minggu depan akan memulakan perbicaraan pendakwaan ke atas Encik Trump kerana mengapi-apikan rusuhan yang menyebabkan kematian, di mana para hadirin di rapat umumnya telah berjalan ke Capitol berdekatan Rumah Putih selepas mantan presiden itu menggesa mereka untuk membantah pengiraan undi yang sedang berlangsung.



Speaker Dewan, Cik Nancy Pelosi, dan Ketua Majoriti Senat, Encik Chck Schumer, mengumumkan minggu lalu bahawa mendiang Sicknick, 42 tahun, akan diberikan penghormatan di ruang legar atau 'rotunda' Capitol.



Dua pegawai polis Capital yang terkorban pada 1998 apabila seorang lelaki bersenjata api memasuki bangunan itu dan melepaskan tembakan, juga diberi pengiktirafan serupa.



"Keperwiraan Pegawai Sicknick dan pasukan polis Capitol semasa berlaku pemberontakan ganas ke atas Capitol telah membantu menyelamatkan nyawa, mempertahankan institusi demokrasi kita dan memastikan Kongres tidak dilencongkan dari tanggungjawab kita kepada Perlembagaan," kata ahli-ahli dewan Demokrat dalam satu kenyataan.



"Pengorbanannya mengingatkan kita setiap hari tentang tanggungjawab kita kepada negara dan orang yang kita berbakti."



Satu tempoh masa diberikan untuk anggota Polis Capitol memberi penghormatan sebelum mendiang Encik Sicknick disemadikan hari ini di Pusara Nasional Arlington. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >