Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden dipilih Taiwan gesa dialog dengan China, ganti konfrontasi

Presiden baru Taiwan berdepan masa ‘sukar’ dek tekanan China, tiada majoriti parlimen
Jan 14, 2024 | 04:21 PM



TAIPEI: Presiden Dipilih Taiwan, Dr William Lai, telah menggesa bagi dialog dengan China untuk menggantikan konfrontasi, sejurus selepas memenangi 40 peratus undian dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan presiden pada 13 Januari.


Dr Lai, yang juga daripada Parti Progresif Demokratik (DPP), bagaimanapun menegaskan bahawa Taiwan juga mesti dilindungi daripada ancaman oleh China.

Bercakap kepada penyokong selepas pengisytiharan kemenangannya pada 8.30 malam, Dr Lai berjanji untuk mengekalkan keadaan rentas selat seperti seadanya.

“Kami akan mengadakan perbincangan... dialog untuk menggantikan konfrontasi serta mengusahakan pertukaran dan kerjasama bersama China dengan yakin,” ujarnya.

Beliau yang disifatkan sebagai ‘ancaman’ oleh China, menyumbang kemenangan untuk penggal kali ketiga bagi Parti Progresif Demokratik (DPP) dengan kejayaan kempen yang meletakkan pemimpin itu sebagai pembela cara hidup demokratik Taiwan.

Dalam pilihan raya itu, Dr Lai menewaskan Encik Hou Yu-ih daripada parti Kuomintang (KMT) yang meraih 33.5 peratus undian serta Dr Ko Wen-je daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP) yang memperoleh 26.5 peratus undian.

Menerusi satu kenyataan pada 14 Januari, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura mengalu-alukan pilihan raya yang dikendali dengan berhasil serta mengucapkan tahniah kepada Dr Lai dan partinya atas kemenangan mereka.

Jurucakap itu berkata:

“Singapura mempunyai persahabatan yang erat dan sudah lama terjalin dengan Taiwan serta rakyat Taiwan, dan akan terus mengembangkan hubungan ini berdasarkan dasar ‘Satu China’.

“Singapura secara konsisten menyokong perkembangan hubungan rentas selat yang aman. Dialog, usaha membina kepercayaan dan membangunkan kerjasama akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Ini akan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau yang lebih luas dan disambut baik oleh Singapura serta masyarakat antarabangsa.”

Masih tidak diketahui bagaimana Dr Lai akan mengadakan dialog dengan China, namun ia akan menjadi isu utama bagi China yang berkeras bahawa perbincangan hanya boleh wujud jika kedua-dua pihak bersetuju bahawa terdapat satu China sahaja.

Encik Hou dan Dr Ko dianggap sebagai lebih mesra terhadap Beijing.

Kedua-dua mereka juga menyalahkan parti Dr Lai bagi hubungan rentas selat yang kian buruk serta telah berjanji untuk membangunkan hubungan ekonomi yang lebih rapat dengan China.

Dr Lai pula, yang partinya memperjuang identiti Taiwan yang unik, telah beberapa kali dinamakan oleh China sebagai pemisah yang berbahaya dan pembuat kacau.

“Kami bertekad mahu lindungi Taiwan daripada ancaman dan intimidasi berterusan dari China,” ujar Dr Lai.

Mengulas tentang kemenangan Dr Lai, China berkata keputusan pilihan raya itu menunjukkan bahawa DPP tidak boleh mewakili sentimen pengundi biasa di pulau itu.

“Taiwan adalah Taiwan China,” ujarnya.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata Amerika tidak menyokong kemerdekaan Taiwan ketika mengulas tentang keputusan pilihan raya itu.

Encik Biden sebelum ini membuat pemerintah China rasa tidak senang apabila beliau mencadangkan bahawa Amerika akan mempertahan Taiwan sekiranya mereka diserang.

Bagaimanapun, komennya pada 13 Januari tampak sebagai usaha untuk meyakinkan semula Beijing.

Pemerintah Taiwan menjangkakan China akan cuba memberi tekanan kepada presiden dipilih mereka selepas pilihan raya itu, termasuk mempamerkan aksi tentera dekat pulau itu, menurut dua pegawai pemerintah kanan dari Amerika.

Untuk menunjukkan sokongan kepada pemerintah Taiwan, seorang pegawai daripada pentadbiran Biden berkata Encik Biden merancang mengerahkan delegasi tidak rasmi ke Taiwan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >