PRESIDEN Halimah Yacob telah mengirimkan ucapan takziah kepada rakyat Indonesia berhubung tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 yang meragut 53 nyawa.
Menurut Puan Halimah, beliau berasa amat dukacita dengan berita kehilangan nyawa kru kapal selam tersebut dan berharap mereka dapat diselamatkan.
"Kami semua yang mengikuti berita itu menaruh harapan tinggi dan berdoa agar misi menyelamat tidak akan sesia. Malangnya, yang kami menerima adalah pengesahan mengenai tragedi itu," kata Puan Halimah.
"Ini adalah tempoh yang mencabar bagi rakyat Indonesia, terutama keluarga dan orang yang dikasihi mangsa yang sedang menjalankan amanah kepada negara apabila kemalangan berlaku.
"Bagi pihak warga Singapura, saya mengirimkan takziah kepada rakyat Indonesia.
"Doa dan simpati kami adalah bersama keluarga dan orang yang dikasihi kru atas kehilangan dahsyat mereka ini.
"Semoga mereka mencapai ketenangan pada bulan Ramadan ini."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg