Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah temui Agong di London, perkukuh hubungan dua hala

Sep 20, 2022 | 5:30 AM
HUBUNGAN KUKUH: Presiden Halimah Yacob bertemu Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, di London bagi membincangkan kerjasama dua hala meliputi pelaksanaan pelbagai skim perjalanan rentas sempadan. - Foto FACEBOOK PRESIDEN HALIMAH YACOB
HUBUNGAN KUKUH: Presiden Halimah Yacob bertemu Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, di London bagi membincangkan kerjasama dua hala meliputi pelaksanaan pelbagai skim perjalanan rentas sempadan. - Foto FACEBOOK PRESIDEN HALIMAH YACOB -

HUBUNGAN yang mesra berlandaskan pelbagai aspek urusan yang berpanjangan antara Singapura dengan Malaysia kian diperkukuh hasil pertemuan Presiden Halimah Yacob dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah di London kelmarin.

Dalam catatan Facebook semalam, Puan Halimah berkata:

"Kami menilai secara menyeluruh hubungan mesra, sudah lama terjalin dan berlandaskan pelbagai aspek antara Singapura dengan Malaysia, di samping kerjasama dua hala yang cemerlang antara kededua negara.

"Saya menanti masa menjadi tuan rumah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasminya ke Singapura bulan depan."

Pertemuan selama 45 minit pemimpin dua negara ini berlangsung di Hotel InterContinental London Park Lane.

Dalam satu kenyataan berasingan yang dimuatnaikkan di laman Facebook Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata kededua pemimpin telah menyentuh berkenaan pengukuhan hubungan dua hala yang istimewa dan erat terjalin sekian lama antara Malaysia dan Singapura.

Pertemuan itu dirancang sedang kedua-dua pemimpin menghadiri istiadat pemakaman negara mendiang Ratu Elizabeth yang berlangsung semalam.

Pelaksanaan pelbagai skim perjalanan merentas sempadan seperti Skim Laluan Hijau Timbal Balik, Skim Perjalanan Lengkap Vaksin dan Skim Pengaturan Ulang Alik Berkala turut dibincangkan.

Sultan Abdullah turut melahirkan setinggi penghargaan kepada pemerintah Singapura atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, baginya menghadiri Perlumbaan Formula 1, Singapore Grand Prix 2022, yang diadakan selama dua hari mulai 1 Oktober ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg