Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah wakil SG di majlis rasmi perkabungan Presiden UAE

May 16, 2022 | 4:18 PM
Presiden Sheikh Khalifa dianggap pemoden pro-Barat yang telah merapatkan hubungan negara Arab Teluk dengan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Presiden Sheikh Khalifa dianggap pemoden pro-Barat yang telah merapatkan hubungan negara Arab Teluk dengan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. - EPA-EFFE

Presiden Halimah Yacob akan mewakili Singapura di majlis rasmi perkabungan Yang Mulia Allahyarham Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin (16 Mei).

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Presiden Halimah diiringi oleh Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dan pegawai dari pejabat Presiden dan MFA.

Semasa ketiadaan Presiden Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden (CPA), Encik Eddie Teo, akan menjalankan tugas Pejabat Presiden.

Presiden Halimah dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah melahirkan takziah kepada UAE Sabtu lalu menyusuli pemergian Presiden Sheikh Khalifa pada Jumaat lalu pada usia 73 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg