Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Indonesia beri amaran tentang kebakaran hutan hujung tahun

Feb 22, 2021 | 07:59 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menggesa pihak berkuasa di negaranya agar bersedia bagi kebakaran hutan yang berpotensi berlaku pada penghujung tahun ini.



Menurutnya pada Isnin (22 Februari),  titik utama berlakunya gejala ini sudah dikenal pasti di kepulauan Sumatra.



Indonesia bahkan telah dilanda kebakaran hutan tropikal terbesar di luar Amazon dan Congo sejak beberapa tahun ini, membawa pada risiko haiwan yang dikhuatiri pupus seperti orang utan dan harimau serta menyebabkan jerebu menyelubungi rantau ini.



Agensi berita Antara menukil seorang pegawai kaji cuaca sebagai melaporkan bilangan titik utama di wilayah Riau di pulau Sumatra telah bertambah dari sembilan kepada 63 pada Isnin.



“99 peratus kebakaran hutan ini dicetuskan oleh manusia, sama ada sengaja atau kerana kelekaan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Encik Jokowi dalam satu mesyuarat maya bersama pegawainya.



Petani di Indonesia pula sering menggunakan api sebagai kaedah paling murah membersihkan tanah, tambahnya, sambil menggesa pemerintah agar menyiapkan prasarana mengekang kebakaran rimba dengan segera.



Menurut Encik Jokowi lagi, Sumatra kini berdepan dengan risiko kebakaran hutan yang meningkat bulan ini.



Beliau memberi amaran bahawa daerah Kalimantan di pulau Borneo serta Sulawesi juga berkemungkinan akan melihat kebakaran hutan berlaku dari Mei hingga Julai dengan tempoh kemuncak dijadualkan berlaku antara Ogos dengan September. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >