Presiden Macron arah perdana menteri adakan rundingan dengan penunjuk perasaan
Premium
Presiden Macron arah perdana menteri adakan rundingan dengan penunjuk perasaan
Dec 4, 2018 | 5:30 AM
KUNJUNGI TEMPAT KEJADIAN: Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) berjabat tangan dengan seorang anggota bomba semasa mengadakan lawatan di Paris menyusuli rusuhan oleh kumpulan antipemerintah yang membantah kenaikan cukai bahan bakar. - Foto AFP -
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin mengarahkan perdana menterinya supaya mengadakan perbincangan dengan pemimpin politik dan kumpulan pembantah sedang beliau mencari jalan keluar dari kesan rusuhan yang berlaku di serata negara ekoran kenaikan harga bahan bakar.
Polis rusuhan menghadapi tekanan ketika penunjuk perasaan merusuh di kawasan kejiranan Paris, Sabtu lalu membakar puluhan kereta, merompak butik dan memusnahkan kediaman dan kafe swasta mewah dalam keganasan paling buruk yang berlaku di ibukota itu sejak 1968.

