Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Mongolia gesa Malaysia buka semula siasatan pembunuhan Altantuya

May 19, 2018 | 3:10 PM
Cik Shaaribuu Altantuya, 28 tahun, dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur.
Cik Shaaribuu Altantuya, 28 tahun, dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur. - Foto AFP

ULAANBAATAR: Presiden Mongolia menggesa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuka semula siasatan ke atas pembunuhan seorang model Mongolia dekat Kuala Lumpur pada 2006, satu langkah yang boleh menambah tekanan terhadap mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Cik Shaaribuu Altantuya, 28 tahun, dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur.

Pada 2015, dua bekas pegawai polis dijatuhi hukuman mati bagi jenayah itu, selepas dijatuhkan hukuman pada 2009 tetapi dibebaskan empat tahun kemudian.

Laporan mendakwa bahawa dua pegawai itu berkhidmat sebagai pengawal peribadi Datuk Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa pembunuhan itu.

Presiden Battulga Khaltmaa mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir atas pelantikannya sebagai perdana menteri baru Malaysia tetapi berkata pembukaan semula siasatan kes tersebut bukan akan membantu keadilan sahaja bahkan mengurangkan ketegangan antara dua negara itu.

"Sebagai presiden Mongolia, saya memberi perhatian khusus pada jenayah teruk itu, bahawa pada 18 Oktober 2006, seorang warga Mongolia dan ibu dua anak, Shaariibuu Altantuya, dibunuh di Malaysia," katanya dalam satu surat kepada Tun Mahathir, yang juga diterbitkan di laman web pejabatnya.

Kumpulan masyarakat sivil mendakwa pembunuhan Cik Altantuya ada kaitan dengan peranannya sebagai penterjemah dan rakan Encik Abdul Razak Baginda, bekas penasihat kepada Datuk Najib, dalam pembelian dua kapal selam oleh Malaysia daripada syarikat pembinaan kapal Perancis, DCNS, pada 2002.

Datuk Najib menafikan dakwaan beliau ada kaitan dengan Cik Altantuya atau rasuah dalam pembelian itu.

Beliau sedang disiasat sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dana negara yang dilanda skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg