Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:12

Presiden Perancis terbang ke Moscow untuk reda ketegangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

KRISIS RUSSIA-UKRAINE

Presiden Perancis terbang ke Moscow untuk reda ketegangan

Feb 08, 2022 | 05:30 AM

MOSCOW/PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, terbang ke Moscow semalam dalam satu langkah diplomatik berisiko, demi mendapatkan komitmen Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, untuk mengurangkan ketegangan dengan Ukraine, dengan pemimpin Barat bimbang Kremlin merancang satu pencerobohan.

Encik Macron telah membuat beberapa panggilan telefon dengan sekutu Baratnya, Encik Putin dan pemimpin Ukraine sejak minggu lalu.

Selepas Moscow, beliau dijadual melawat Kyiv hari ini , mempertaruhkan modal politik dalam misi yang boleh terbukti memalukan jika beliau pulang tangan kosong.

"Kami menuju ke kubu Putin, dalam banyak cara ia adalah satu lontaran dadu (nasib)," satu sumber yang rapat dengan Encik Macron memberitahu Reuters.

Russia telah menghimpunkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadannya dengan Ukraine dan menuntut jaminan keselamatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Amerika Syarikat, termasuk tidak mengambil Ukraine sebagai anggota pakatan tentera itu.

Dua sumber rapat dengan Encik Macron berkata salah satu tujuan lawatannya adalah untuk membeli masa bagi beberapa bulan, sekurang-kurangnya sehingga "Super April" pilihan raya di Eropah - di Hungary, Slovenia dan, yang penting bagi Encik Macron, di Perancis.

Pemimpin Perancis itu, yang telah mendapat reputasi untuk selalu sedia meneroka kerjasama diplomatik sejak mengambil alih kuasa pada 2017, telah cuba memujuk dan berdepan dengan Encik Putin sejak lima tahun lalu.

Usahanya telah membawanya sering berdialog rapat dengan pemimpin Russia itu.

Tidak lama selepas pemilihannya, Encik Macron meletakkan permaidani merah buat Encik Putin di Istana Versailles, tetapi beliau juga menggunakan lawatan itu untuk mengecam campur tangan Russia secara terbuka semasa pilihan raya.

Dua tahun kemudian, pasangan itu bertemu lagi di kediaman musim panas presiden Perancis.

Pegawai Perancis berpendapat mereka disokong pihak Kremlin.

Negara-negara Eropah Timur yang menderita selama beberapa dekad di bawah pemerintahan Soviet Union sebelumnya telah mengkritik pendirian kerjasama Encik Macron terhadap Russia, meragui satu ucapan Encik Macron tentang merundingkan "aturan keselamatan Eropah baru" dengan Russia.

Untuk menangani kritikan menjelang lawatan ke Russia dan menerajui kepimpinan Eropah dalam krisis Ukraine itu, Encik Macron telah bersungguh-sungguh berunding dengan pemimpin Barat lain kali ini, termasuk Encik Boris Johnson dari Britain dan Presiden Amerika, Encik Joe Biden.

Lawatan presiden Perancis ke Moscow dan Ukraine itu berlaku kurang tiga bulan sebelum pilihan raya presiden di negaranya.

Penasihat politiknya melihat potensi manfaat pilihan raya daripada usaha diplomatik beliau, walaupun Encik Macron belum mengumumkan beliau akan bertanding.

"Bagi presiden, ini adalah satu peluang menunjukkan kepimpinannya di Eropah. Bahawa beliau berada di atas tengkarah yang berlaku," kata satu sumber pemerintah Perancis. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3