Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WACANA

Presiden satukan warga, bawa S’pura terbilang di mata dunia

Sep 03, 2023 | 11:21 AM



Rakyat Singapura sudah membuat keputusan berkaitan siapa Presiden terbaru negara ini yang mereka pilih melalui Pilihan Raya Presiden yang berlangsung Jumaat lalu.

Pilihan mereka untuk memegang jawatan Ketua Negara ini ialah Encik Tharman Shanmugaratnam. Justeru, semua pihak harus menghormati proses demokrasi ini selain turut menghormati keputusan yang dibuat warga.

Pilihan Raya Presiden ini adalah yang ketujuh dan yang ketiga ditandingi oleh lebih daripada seorang calon.

Pada Pilihan Raya Presiden kali ini, dua calon lain yang bertanding selain Encik Tharman ialah Encik Ng Kok Song and Encik Tan Kin Lian.

Encik Tharman dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 14 September ini, sekali gus menjadi Presiden kesembilan negara ini.

Sebelum ini, semasa berkempen, ketiga-tiga calon Presiden itu menampilkan diri mereka sebagai individu yang paling layak dalam memenuhi tugas Perlembagaan Presiden Dipilih iaitu untuk melindungi rizab – sebagai pemegang ‘kunci kedua’ kepada rizab.

Ini selain tugas penting dalam memelihara kewibawaan perkhidmatan awam, selain menjadi tokoh pemimpin negara yang menyatukan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat dan di samping memainkan peranan dalam memajukan kepentingan Singapura di luar negara.

Presiden semasa, Puan Halimah Yacob, yang mula memegang jawatan itu pada 14 September 2017 setelah menang tanpa bertanding pada tahun berkenaan, merupakan presiden wanita pertama Singapura.

Pada Mei lalu, beliau mengumumkan tidak akan bertanding semula bagi jawatan Presiden buat penggal kedua.

Selepas pengumuman itu, Encik Tharman melancarkan kempennya bagi jawatan Presiden pada 26 Julai.

Langkah itu disusul oleh pengumuman beberapa individu yang berminat menjadi calon Presiden, dan akhirnya tiga calon didapati layak oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) untuk bertanding bagi jawatan ketua negara itu.

Encik Tharman sebelum ini memegang pelbagai jawatan utama termasuk sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Menteri Kanan dan juga mantan Menteri Kewangan. Beliau juga pernah berpengalaman sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Pengalaman luasnya dalam pemerintahan negara dan dalam bidang kewangan pasti membantunya dalam berkhidmat sebagai Ketua Negara Singapura dalam era baru sejagat yang lebih mencabar.

Bagi Presiden Halimah pula yang bakal mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Negara setelah enam tahun, beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara ini.

Ini termasuklah kepimpinan beliau dalam membantu negara mengharungi pandemik Covid-19 yang begitu mencabar hingga rizab negara terpaksa digunakan demi melindungi kehidupan dan mata pencarian.

Selepas berakhirnya Pilihan Raya Presiden kali ini, sudah tiba masanya warga Singapura mengetepikan perbezaan mereka, mengelakkan berpecah belah dan saling berbalah.

Sebaliknya, kita mesti merapatkan silaturahim dan mengukuhkan ikatan sosial agar perpaduan negara ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan.

Atas pemilihannya sebagai Presiden, ucapan tahniah kepada Encik Tharman dan semoga beliau dapat melakukan tugasnya sebagai Ketua Negara dengan jayanya serta membantu Singapura untuk terus menjadi negara yang maju, makmur dan istimewa selain terbilang di mata dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >