Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Sri Lanka gagal tinggalkan negara

Pihak imigresen di lapangan terbang enggan pergi ke suite VIP untuk cop pasport Gotabaya Rajapaksa
Jul 13, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Presiden Sri Lanka terperangkap di negaranya sendiri semalam dalam kejadian memalukan dengan kakitangan imigresen lapangan terbang dikatakan enggan pergi ke suite VIP untuk mengecop pasportnya, sekali gus menghalang beliau keluar ke luar negara, kata sumber rasmi.



Encik Gotabaya Rajapaksa telah berjanji meletak jawatan hari ini dan membuka jalan bagi "peralihan kuasa secara aman" berikutan bantahan meluas terhadapnya berhubung krisis ekonomi negara yang belum pernah berlaku sebelumnya.



Pemimpin berusia 73 tahun itu melarikan diri dari kediaman rasminya di Colombo sebelum puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu pada Sabtu lalu, dan beliau dikatakan mahu pergi ke Dubai, kata pegawai.



Sebagai presiden, Encik Rajapaksa menikmati kekebalan daripada penahanan, dan beliau dipercayai mahu ke luar negara sebelum meletak jawatan bagi mengelak kemungkinan ditahan.



Dilaporkan, pegawai imigresen di lapangan terbang enggan pergi ke suite VIP untuk mengecop pasport Encik Rajapaksa, sedang beliau menegaskan tidak akan menggunakan kemudahan awam kerana takut akan tindakan balas orang ramai di lapangan terbang.



Beliau dan isterinya bermalam di pangkalan tentera bersebelahan lapangan terbang antarabangsa utama selepas terlepas empat penerbangan yang mungkin membawa mereka ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Sebelum ini, adik Encik Rajapaksa, Encik Basil, yang meletak jawatan pada April lalu sebagai menteri kewangan, terlepas penerbangan Emirates ke Dubai semalam selepas berlaku kekecohan serupa dengan kakitangan lapangan terbang.



Encik Basil cuba menggunakan perkhidmatan berbayar buat penumpang kelas perniagaan, tetapi kakitangan lapangan terbang dan imigresen berkata mereka telah menarik balik khidmat laluan pantas itu berkuat kuasa serta-merta.



"Ada beberapa penumpang lain yang membantah Encik Basil menaiki penerbangan mereka," kata seorang pegawai lapangan terbang.



"Ia adalah keadaan yang tegang, jadi beliau tergesa-gesa meninggalkan lapangan terbang."



Encik Basil, yang juga mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, terpaksa mendapatkan pasport baru selepas tertinggal pasportnya di Istana presiden semasa keluarga Rajapaksa bergegas keluar untuk mengelak kumpulan penunjuk perasaan, kata sumber diplomatik.



Sumber rasmi berkata satu beg pakaian yang penuh dengan dokumen juga telah ditinggalkan di rumah mewah itu bersama-sama dengan wang tunai 17.85 juta rupee ($69,300), kini dalam jagaan mahkamah Colombo.



Tiada kata rasmi daripada pejabat presiden tentang di mana beliau berada, tetapi Encik Rajapaksa kekal sebagai ketua komander angkatan tentera dengan sumber ketenteraan yang boleh digunakannya.



Jika Encik Rajapaksa berundur seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Encik Ranil Wickremesinghe, secara automatik akan menjadi pemangku presiden sehingga parlimen memilih seorang anggota parlimen (AP) untuk menamatkan penggal presiden yang berakhir pada November 2024.



Encik Rajapaksa dituduh salah urus ekonomi sehingga negara itu kehabisan tukaran wang asing untuk membiayai import bahan-bahan penting, sekali gus membawa kepada kesukaran serius kepada 22 juta penduduk negara pulau itu.



Negara itu sudah hampir kehabisan bekalan petrolnya. Pemerintah pula telah mengarahkan penutupan pejabat dan sekolah yang tidak penting untuk mengurangkan perjalanan dan menjimatkan minyak. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >