Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Sri Lanka isytihar perintah berkurung kali kedua

May 08, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, telah mengisytiharkan perintah berkurung kelmarin buat kali kedua dalam lima minggu, bagi memberi pasukan keselamatan kuasa mutlak sedang rakyat negara itu mengadakan mogok di serata negara menggesa peletakan jawatannya.



Seorang jurucakap presiden berkata, Encik Rajapaksa telah melaksanakan perintah tegas itu "bagi memastikan ketenteraman awam" selepas kedai-kedai tutup dan operasi pengangkutan awam dihentikan kelmarin oleh kesatuan sekerja yang menyalahkan presiden kerana krisis ekonomi terburuk negara itu hingga menimbulkan huru hara dalam negara sejak beberapa minggu.



Kesatuan sekerja seluruh Sri Lanka termasuk sektor awam dan swasta, mengumumkan pemberhentian kerja sehari kelmarin dan meminta kuil serta gereja membunyikan loceng sebagai tanda sokongan.



Sehubungan itu, ribuan kedai, sekolah, dan perniagaan ditutup hari ini dalam usaha memberi tekanan bagi perubahan kerajaan yang gagal menangani krisis ekonomi terburuk sejak negara itu mencapai kemerdekaan.



Sementara itu, penunjuk perasaan di luar Parlimen Sri Lanka bertindak menggantung seluar dalam wanita dan lelaki yang tertulis slogan mengkritik kepimpinan negara itu, pada palang penghadang polis bagi menghalang laluan memasuki Parlimen.



Pengumuman mogok itu menyusuli amaran Menteri Kewangan, Encik Ali Sabry, pada Rabu lalu bahawa negara itu mungkin terpaksa mengharungi kegawatan ekonomi untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.



Encik Sabry berkata negara itu kini ada kurang AS$50 juta ($69.27 juta) dalam bentuk pertukaran wang asing, yang diperlukan bagi pembelian barangan keperluan penting bagi memastikan kesinambungan ekonomi Sri Lanka yang berteraskan import.



Data rasmi menunjukkan rizab kini berjumlah AS$1.7 bilion ($2.36 bilion) tetapi kebanyakan angka itu termasuk pertukaran mata wang dengan China, yang tidak boleh digunakan untuk membayar bagi import dari negara lain.



Encik Sabry berkata usaha kerajaan memulihkan ekonomi terbantut kerana berlaku kelewatan dalam permohonan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).



Krisis ekonomi Sri Lanka bertambah buruk selepas pandemik Covid-19 menjejaskan pendapat sektor pelancongan dan penghantar pulang wang oleh warga Sri Lanka di luar negara. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >