Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Sri Lanka mengalah, akan umum PM, Kabinet baru

May 13, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Berdepan dengan asakan rakyat, Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, akhirnya mengumumkan pelantikan perdana menteri dan Kabinet baru akan dibuat minggu ini, yang akan menguasai sebahagian besar 225 kerusi parlimen.



Pada masa sama, beliau juga melepaskan sebahagian besar kuasa eksekutifnya tetapi tidak akan tunduk kepada tuntutan terhadap peletakan jawatannya berikutan krisis ekonomi negara itu.



Dalam ucapan pertama kepada negara sejak bermulanya protes selama sebulan yang menggesanya meletak jawatan, pemimpin berusia 72 tahun itu, berkata beliau akan mengumumkan pemerintah perpaduan dalam tempoh beberapa hari lagi.



"Saya akan menamakan seorang Perdana Menteri yang akan mempunyai majoriti di Parlimen dan keyakinan rakyat," kata Encik Gotabaya dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen.



Beliau tidak menamakan pengganti abangnya, Encik Mahinda Rajapaksa, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin lalu bagi membuka jalan pembentukan kabinet baru.



"Saya akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada Parlimen dan mengaktifkan elemen utama pindaan ke-19 kepada perlembagaan," katanya merujuk kepada reformasi demokrasi yang ditarik beliau sejurus selepas pilihan raya 2019.



Ikrar Encik Gotabaya untuk mengembalikan semula pindaan itu akan melucutkan kuasanya mengawal pelantikan kanan dalam perkhidmatan awam, polis, pejabat pilihan raya dan badan kehakiman.



Sri Lanka menderita selama berbulan-bulan akibat terputus bekalan elektrik yang berterusan dan kekurangan makanan, bahan api serta barangan penting lain selepas kehabisan pertukaran asing untuk membayar import.



Kemarahan rakyat turut menyaksikan keadaan bekas perdana menteri, Encik Rajapaksa, dalam bahaya.



Disebabkan itu, pihak pemerintah memindahkan beliau ke pangkalan tentera laut bagi tujuan keselamatannya selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, empat hari lalu.



Setiausaha Pertahanan, Encik Kamal Gunaratne, berkata ia berikutan keganasan yang menyasarkan keluarga Rajapaksa yang didakwa menyumbang kepada krisis ekonomi terburuk di negara itu.



Rakyat Sri Lanka menyalahkan dinasti Rajapaksa atas kemerosotan ekonomi di negara Lautan Hindi itu, yang mengurangkan rizab kepada hanya kira-kira AS$50 juta ($69.57 juta), menghalang sebahagian besar import dan menyebabkan kekurangan besar-besaran barangan utama makanan, bahan api serta ubat, sekali gus mencetuskan bantahan.



"Perdana Menteri sudah dipindahkan ke pangkalan tentera laut Trincomalee atas sebab keselamatan. Beliau akan kekal di sana untuk beberapa hari akan datang dan apabila keadaan kembali normal, beliau boleh dipindahkan ke lokasi pilihannya," kata Encik Gunaratne di sidang akhbar.



Polis dan tentera membuat rondaan di jalan di Weeraketiya, bandar yang menempatkan Encik Rajapaksa, dengan kedai dan perniagaan ditutup menyusuli perintah berkurung yang dikuatkuasakan sehingga pagi ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >