Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERGOLAKAN DI SRI LANKA

Presiden Sri Lanka tiba di S'pura untuk ke destinasi lain

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



BANGALORE: Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dari negaranya yang dilanda krisis politik dan ekonomi di tengah-tengah bantahan antipemerintah, telah tiba di Singapura dari Maldives.



Beliau tiba dengan menaiki pesawat Saudia yang mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 7.17 malam.



Beliau dikatakan akan menetap di sini buat seketika, kata satu sumber pemerintah Sri Lanka kepada Reuters.



Tidak diketahui destinasi akhir Encik Rajapaksa, namun laporan beberapa media lain mengatakan Encik Rajapaksa dijadual menuju ke Arab Saudi melalui Singapura, memetik sumber pegawai Maldives yang enggan dinamakan.



Pemimpin itu terlepas tarikh akhir, iaitu lewat kelmarin, untuk mengemukakan peletakan jawatannya selepas beliau melarikan diri dari negara itu ke Maldives setelah berlaku bantahan selama beberapa bulan yang didorong oleh inflasi yang melonjak.



Sebelum ini, akhbar Sri Lanka Daily Mirror melaporkan Encik Rajapaksa tidak menaiki penerbangan Singapore Airlines yang dikatakan membawanya ke Singapura lewat malam kelmarin, kerana beliau gementar untuk terbang bersama penumpang awam.



Encik Rajapaksa melarikan diri dari Sri Lanka pagi kelmarin dan tiba di Male, ibu kota Maldives, menaiki pesawat tentera udara bersama isteri dan dua pegawai keselamatannya.



Beliau dilaporkan berharap untuk terbang keluar dari Maldives ke beberapa destinasi kemungkinan termasuk Singapura dan Dubai.



Beliau tidak dapat terbang ke Amerika Syarikat kerana negara itu enggan memberi visa perjalanan kepadanya, kata beberapa laporan.



Encik Rajapaksa pernah memegang dua kerakyatan sehinggalah beliau melepaskan pasport Amerikanya untuk melayakkan diri bertanding jawatan presiden yang dimenanginya pada 2019.



Beliau sebelumnya berjanji meletak jawatan secara rasmi kelmarin tetapi belum lagi berundur secara rasmi.



Beliau mungkin menghantar peletakan jawatannya kepada Speaker Parlimen selepas mendarat di Singapura, lapor agensi berita Reuters, memetik sumber pemerintah di Sri Lanka.



Encik Rajapaksa melarikan diri sebelum penunjuk perasaan menyerbu kediamannya pada 9 Julai, dan telah berjanji berundur "untuk memastikan peralihan kuasa secara aman".



Beberapa jam selepas Encik Rajapaksa melarikan diri ke Maldives, Speaker Parlimen berkata pemimpin itu telah melantik Perdana Menteri, Encik Ranil Wickremesinghe, sebagai pemangku presiden semasa ketiadaannya.



"Oleh kerana ketiadaannya di negara ini, Presiden Rajapaksa memberitahu saya bahawa beliau telah melantik perdana menteri untuk bertindak sebagai presiden selaras dengan perlembagaan," kata Speaker Parlimen, Encik Mahinda Yapa Abeywardana, dalam satu kenyataan ringkas di televisyen.



Berita itu mendorong penunjuk perasaan menyerbu pejabat Encik Wickremesinghe sebagai bantahan dan menuntut peletakan jawatannya juga.



Pemangku presiden itu mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung di seluruh negara sehingga pagi semalam.



Namun beliau memberi jaminan bahawa Parlimen akan memilih presiden baru pada 20 Julai.



Parlimen Sri Lanka dijadual bersidang hari ini apabila parti politik berlainan bakal menawarkan calon presiden mereka kepada Speaker, yang kemudiannya boleh mengadakan pemilihan presiden pada 20 Julai. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >