Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden terakhir Soviet Union meninggal dunia

Mendiang Gorbachev, pemenang anugerah Hadiah Nobel, jaya tamatkan Perang Dingin tanpa pertumpahan darah
Sep 01, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Encik Mikhail Gorbachev, yang menamatkan Perang Dingin tanpa pertumpahan darah tetapi gagal mengelakkan keruntuhan Soviet Union, meninggal dunia kelmarin, pada usia 91 tahun, menurut agensi berita Russia yang memetik para pegawai hospital.



Mendiang Gorbachev, adalah presiden terakhir bagi Soviet dan telah mengadakan perjanjian pengurangan senjata dengan Amerika Syarikat dan rakan-rakan kuasa Eropah bagi menyatukan semula perpecahan di benua itu termasuk penyatuan dua negara Jerman, Timur dan Barat.



"Encik Mikhail Gorbachev meninggal dunia malam tadi setelah menghidap penyakit serius yang berpanjangan," agensi berita Russia, Interfax, memetik satu kenyataan dari Central Clinical Hospital.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menzahirkan "takziah yang mendalam" atas kematian Encik Gorbachev, kata jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, yang memberitahu agensi berita Interfax itu.



"Beliau akan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Gorbachev kemudian," ujarnya.



Pada 2018, Encik Putin berkata beliau akan memulihkan kehancuran Soviet Union jika boleh, lapor agensi berita ketika itu.



Pada 2005, Encik Putin menyifatkan perpecahan Soviet Union itu sebagai "bencana geopolitik terbesar" dalam abad ke-20.



Selepas puluhan tahun menghadapi ketegangan dan sengketa Perang Dingin, Encik Gorbachev membawa Soviet Union rapat dengan Barat berbanding masa-masa sebelumnya selepas Perang Dunia Kedua.



Namun legasi yang diciptakannya itu musnah menjelang tempoh akhir hayatnya, apabila Encik Putih menyerang Ukraine hingga mengakibatkan Barat mengenakan sekatan terhadap Moscow.



Para pemimpin politik dari kedua-dua pihak, Russia dan Barat, secara terbuka mengatakan ini adalah Perang Dingin yang baru.



"(Encik) Gorbachev meninggal dunia secara simbolik apabila usaha semasa hayatnya - kebebasan - dimusnahkan oleh Encik Putin," kata Encik Andrei Kolesnikov, zamil kanan di Carnegie Endowment for International Peace.



Encik Gorbachev memenangi anugerah Hadiah Nobel bagi Keamanan pada 1990.



Mendiang Gorbachev akan disemadikan di Pemakaman Novodevichy di Moscow, bersebelahan pusara mendiang isterinya, Risa, yang meninggal dunia pada 1999.



Semasa bantahan-bantahan pro-demokrasi di seluruh negara komunis Eropah Timur dalam blok Soviet pada 1989, Encik Gorbachev tidak menggunakan kekerasan - seperti yang dilakukan oleh pemimpin sebelumnya yang mengerahkan kereta-kereta kebal untuk mematahkan bantahan di Hungary pada 1956 dan Czechoslovakia pada 1968.



Tetapi bantahan-bantahan tersebut telah mencetuskan keinginan bagi mewujudkan kuasa autonomi di 15 wilayah republik Soviet Union, yang kemudiannya berpecah dalam masa dua tahun yang dicemari dengan keadaan huru-hara.



Segala usaha beliau untuk mengelakkan perpecahan itu gagal.



"Zaman kekuasaan Encik Gorbachev membawa harapan, satu era yang membawa kita kepada dunia bebas daripada ancaman peluru berpandu... tetapi satu kesilapan kita adalah kita tidak mengenal negara itu dengan betul," kata Encik Vladimir Shevchenko, yang pernah mengetuai pejabat protokol Encik Gorbachev dulu.



"Kesatuan kita berpecah, itu adalah satu tragedi," agensi berita RIA memetik kata-kata Encik Shevchenko. - Reuters




"Saya amat sedih apabila mendapat berita kematian (Encik) Mikhail Gorbachev, seorang negarawan istimewa yang telah merubah perjalanan sejarah. Beliau telah melakukan lebih daripada sebarang individu lain bagi mewujudkan perdamaian di penghujung Perang Dingin.



Dunia telah kehilangan seorang pemimpin perkasa global, pemimpin pelbagai hala yang komited dan tidak mengenal lelah demi keamanan."



- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres.



"Saya sentiasa menyanjungi keberanian dan kewibawaan beliau yang telah ditunjukkan bagi menamatkan Perang Dingin secara aman...



Dalam masa tindakan ganas (Encik) Putin menyerang Ukraine, penat lelah (mendiang Gorbachev) membebaskan masyarakat Soviet, kekal menjadi contoh bagi kita semua."



- Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson.



"Encik Mikhail Gorbachev adalah seorang pemimpin yang dipercayai dan dihormati. Beliau telah memainkan peranan penting bagi menamatkan Perang Dingin dan merobohkan Tirai Besi.



Ia telah membuka arah ke sebuah Eropah yang bebas... Legasi ini adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan."



- Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula Von Der Leyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >