Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Trump: Amerika Syarikat akan buka semula ekonomi dalam tiga fasa

Apr 17, 2020 | 8:07 AM
HADAPI PENULARAN WABAK: Kakitangan perubatan sedang memasukkan seorang pesakit ke dalam ambulans di Pusat Pemulihan Penyakit Agak Runcit Andover, New Jersey, negeri kedua selepas New York, yang melaporkan jumlah kes tertinggi dengan 3,518 kes sejak 29 Februari lalu.
HADAPI PENULARAN WABAK: Kakitangan perubatan sedang memasukkan seorang pesakit ke dalam ambulans di Pusat Pemulihan Penyakit Agak Runcit Andover, New Jersey, negeri kedua selepas New York, yang melaporkan jumlah kes tertinggi dengan 3,518 kes sejak 29 Februari lalu. - REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat mahu membuka semula ekonominya menerusi tiga fasa dengan langkah berhati-hati pada satu-satu masa, menurut Presiden Donald Trump.

Ini kata Encik Trump, akan dilakukan secara beransur-ansur, bermula dengan negeri yang mempunyai data yang rendah bagi kes koronavirus.

"Sekiranya mereka perlu kekal tutup, kami akan membiarkan mereka berbuat demikian. Sekiranya mereka percaya sudah tiba masa untuk dibuka semula (ekonomi), kami akan beri kebebasan dan panduan untuk melaksanakannya dengan pantas, bergantung pada apa yang ingin mereka lakukan," terang Encik Trump.

Encik Trump menekankan, langkah membuka semula ekonomi negara itu dibuat mengikut fasa kerana ia berdasarkan maklumat terkini oleh beberapa pakar yang bersetuju untuk memulakan langkah seterusnya dalam memerangi COVID-19.

"Kita memanggilknya 'membuka semula Amerika'...ini yang kita akan lakukan," katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg