Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Trump larang penyebar propaganda ISIS pulang ke Amerika
Feb 22, 2019 | 5:30 AM
Presiden Trump larang penyebar propaganda ISIS pulang ke Amerika
WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata kelmarin beliau akan melarang seorang bekas penyebar propaganda kumpulan militan ISIS pulang ke Amerika Syarikat, dengan menyatakan bahawa wanita itu bukan seorang warga.
Keengganan Encik Trump membenarkan Hoda Muthana, 24 tahun, pulang berlaku sedang beliau mendesak Eropah supaya membawa pulang pejuang ISIS mereka yang mungkin menghadapi cabaran undang-undang.