Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Turkey isytihar darurat tiga bulan
Jul 22, 2016 | 5:30 AM
Presiden Turkey isytihar darurat tiga bulan
ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, mengisytiharkan darurat tiga bulan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam cubaan rampasan kuasa minggu lalu.
Encik Erdogan berkata langkah itu sejajar dengan Perlembagaan Turkey dan tidak melanggar sebarang undang-undang atau asas kebebasan rakyat di negara itu.