Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL

Presiden Turkey kecam hebat sokongan AS pada Israel

May 19, 2021 | 05:30 AM



ANKARA: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, semalam menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden 'bertanggungjawab' di atas sokongannya terhadap Israel dalam konflik yang memuncak di Semenanjung Gaza.



Komen Presiden Turkey itu antara serangan paling keras terhadap Biden sejak memulakan tugasnya di Rumah Putih, Januari lalu.



Encik Erdogan menghabiskan masa beberapa bulan terakhir untuk memperbaiki hubungan dengan Washington dan mendekati sekutu Barat yang lain selepas pertikaian selama setahun.



Beliau secara jelas dan tegas menyerang Encik Biden dalam ucapan disiarkan secara langsung di televisyen di seluruh negara.



"Kamu menulis sejarah dengan tangan berdarah anda. Kamu paksa kami berkata seperti ini. Kami tidak boleh berdiam diri lagi dalam hal ini," kata Encik Erdogan dalam ucapan ditujukan kepada Biden.



Encik Erdogan mendapat sokongan Asia Barat kerana secara terang-terangan memperjuangkan Palestin sepanjang 18 tahun pentadbirannya.



Minggu lalu, beliau menuduh Israel melakukan 'keganasan' dan berjanji akan menggerakkan dunia untuk membela Gaza.



Encik Erdogan semalam ketika merujuk laporan media Amerika Syarikat mengenai penghantaran senjata baru diluluskan pentadbiran Encik Biden, berkata:



"Hari ini kita lihat tandatangan Biden bagi urusan jual beli senjata rejim Zionis. Wilayah Palestin penuh dengan penganiayaan, penderitaan dan darah, seperti banyak wilayah lain yang kehilangan kedamaian dengan berakhirnya Uthmaniyyah dan anda menyokongnya," kata Encik Erdogan kepada Encik Biden.



Dalam pada itu, Menteri Luar Palestin, Encik Riyad al-Maliki, pada 16 Mei lalu, mengecam negara-negara yang berusaha memperbaharui hubungan dengan Israel tahun lalu, ekoran keganasan meningkat antara Palestin dengan rejim Zionis.



Encik Maliki berkata, normalisasi dan usaha kerjasama ke arah sistem kolonial Israel tanpa mencapai perdamaian dan mengakhiri penjajahan Zionis di tanah Arab dan Palestin, mewakili sokongan terhadap rejim Aparteid dan pembabitan dalam jenayahnya.



"Penjajahan ini perlu dihentikan. Normalisasi yang dipercepat baru-baru ini, tidak akan memberi kesan kepada sentimen dunia Arab atau mengubah penilaian mereka," katanya pada pada Mesyuarat Tergempar Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).



Keganasan serius antara Israel dengan Palestin memalukan negara yang berusaha mengadakan normalisasi hubungan dengan Zionis, iaitu Sudan, Maghribi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.



Mesyuarat tergempar OIC itu dianjurkan Arab Saudi, yang tidak melakukan normalisasi hubungan dengan Israel secara formal, tetapi dipercayai menjaga hubungan sulit.



Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan, meminta masyarakat antarabangsa 'mendesak' menghentikan operasi ketenteraan Israel dan kembali kepada rundingan damai, bertujuan mendapatkan penyelesaian dua hala.



"Mempertahankan Baitulmakdis adalah tanggungjawab bersama," katanya.



Menteri Kerjasama Antarabangsa UAE, Encik Reem Al Hashimy, berucap pada pertemuan itu tetapi tidak menangani kritikan terbabit, sebaliknya hanya meminta menghentikan keganasan dan tidak menyalahkan Israel secara khusus atas krisis terbabit.



Pertumpahan darah ketika umat Islam meraikan akhir Ramadan, baru-baru ini, menyebabkan Arab berundur, mendorong mereka beralih kepada retorik kritikal kurang dari setahun selepas menandatangani perjanjian normalisasi. - BHM, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >