Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed mangkat

May 13, 2022 | 9:44 PM
Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Ketua Amiriah Abu Dhabi, Sheikh Khalifah bin Zayed Al Nahyan, telah mangkat pada usia 73 tahun. - Foto REUTERS
Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Ketua Amiriah Abu Dhabi, Sheikh Khalifah bin Zayed Al Nahyan, telah mangkat pada usia 73 tahun. - Foto REUTERS -

DUBAI: Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Ketua Amiriah Abu Dhabi, Sheikh Khalifah bin Zayed Al Nahyan, telah mangkat, menurut Kementerian Hal Ehwal Presiden pada Jumaat (13 Mei).

Beliau berusia 73 tahun.

"Kementerian Hal Ehwal Presiden berkabung kepada rakyat UAE, negara Arab dan Islam serta dunia atas kematian Presiden Yang Teramat Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia pada hari ini (13 Mei)," kata kementerian itu dalam satu kenyataan di media kerajaan tanpa memberi maklumat lanjut.

Di bawah perlembagaan, naib presiden dan perdana menteri Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, pemerintah Dubai, akan bertindak sebagai presiden sehingga majlis persekutuan yang mengelompokkan pemerintah tujuh emiriah bermesyuarat dalam tempoh 30 hari untuk memilih presiden baru.

Sheikh Khalifa yang lahir pada 1948 dan mula berkuasa pada 2004, jarang dilihat di khalayak umum sejak menderita serangan angin ahmar pada 2014.

Allahyarham Sheikh Khalifah meninggalkan seorang balu dan lapan anak.

UAE akan menjalani tempoh berkabung selama 40 hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang bermula Jumaat dan menggantung kerja di semua entiti sektor awam dan swasta selama tiga hari, kata kementerian itu.

Ucapan takziah mula mencurah-curah daripada pemimpin Arab termasuk raja Bahrain, presiden Mesir dan perdana menteri Iraq. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg