Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Ukraine lawat Saudi, cari sokongan Liga Arab bagi rakyatnya

May 20, 2023 | 07:26 PM



DUBAI: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, menghadiri satu sidang puncak Liga Arab di Arab Saudi pada Jumaat untuk mendapatkan sokongan bagi rakyatnya.


Ini sedang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, menyatakan kesediaannya menjadi pengantara dalam perang antara Moscow dengan Kyiv.


Pada perhimpunan di Jeddah itu, pemimpin Arab dengan mesra menyambut kembali ke pangkuan mereka Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, yang menerima sokongan padu daripada Russia dalam perang saudara negaranya, menyusuli pengasingan selama sedekad.


“Kami mengesahkan kesediaan kerajaan ini meneruskan usaha pengantara antara Russia dan Ukraine, dan menyokong semua usaha antarabangsa yang bertujuan menyelesaikan krisis secara politik dengan cara yang menyumbang kepada mencapai keselamatan,” kata Putera Mahkota itu dalam ucapan perasmiannya.


Putera Mohammed pernah menjadi orang tengah dalam konflik sebelum ini.


Negara-negara Teluk cuba kekal berkecuali dalam konflik Ukraine walaupun ada tekanan Barat terhadap pengeluar minyak Teluk supaya membantu mengasingkan Russia, sebuah anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec)+.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >