Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditahan setibanya di agensi antirasuah Malaysia
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditahan setibanya di agensi antirasuah Malaysia
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditahan setibanya di agensi antirasuah Malaysia
SPRM sedang mengkaji tuntutan bahawa RM800,000 ($266,666) dari dana Yayasan Akalbudi telah digunakan untuk membayar bil kad kredit Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya. FOTO: EPA-FREE -
Oct 18, 2018 | 5:04 PM
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi ditahan setibanya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (Khamis, 18 Okt) bagi pertanyaan lanjut.
SPRM mengesahkan dalam kenyataannya bahawa presiden bekas parti pemerintah Umno itu ditangkap pada 3.15 petang dan akan menghadapi beberapa tuduhan di bawah Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Sumber-sumber memberitahu akhbar The Straits Times bahawa Encik Zahid dijangka dituduh melakukan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
