Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DIALOG CEO APEC 2020

Presiden Xi: China akan terus buka pintu bagi syarikat luar kembangkan pasaran

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: China akan terus membuka pintunya bagi membolehkan kitaran ekonomi dan perdagangan domestik serta antarabangsa kekal beroperasi.



Presidennya, Encik Xi Jinping, berkata pembukaan ekonomi China bagi dagangan dua hala antara lain membuka ruang kepada syarikat luar mengembangkan pasaran di negara itu.



Beliau menambah bahawa syarikat asing boleh meneroka pasaran China yang menawarkan akses penduduk yang luas.



"Pendapatan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) per kapita China mencecah AS$10,000 ($13,443).



"Unjuran kebanyakan institusi antarabangsa mendapati pasaran borong China mampu mencapai saiz AS$6 trilion tahun ini.



"Serentak dengan pertumbuhan ekonomi negara, rakyat China mahu menikmati kehidupan yang lebih baik, justeru mewujudkan lebih banyak permintaan mencakupi kepelbagaian pilihan atau mutu produk, teknologi dan perkhidmatan dari seluruh dunia," kata Encik Xi.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama secara maya pada Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Malaysia 2020 bertajuk 'Masa Depan Kerjasama Antarabangsa', semalam.



Encik Xi menarik perhatian, import barangan China berjaya mencapai paras seperti tahun lalu, meskipun berdepan krisis akibat pandemik Covid-19.



Pameran Perdagangan Antarabangsa China di Beijing pada September lalu, katanya, berjaya menarik penyertaan 22,000 syarikat daripada 148 negara bagi kedua-dua platform, dalam dan luar talian.



"China akan meneruskan pemotongan tarif dan kos pemerintah, selain membuka sejumlah besar zon pameran bagi mempromosi secara kreatif import perdagangan.



"Ini bagi membolehkan jumlah import produk dan perkhidmatan bermutu tinggi dipertingkat," katanya.



Beliau menambah, China juga komited meneruskan usaha perdagangan bebas bersama lebih banyak negara, selain terbabit secara aktif dalam mekanisme dua hala dan serantau.



"Ini semua bagi membina standard ekonomi terbuka China yang lebih tinggi dan kami juga akan menambah baik sistem pelaburan asing, berdasarkan model perjanjian sedia ada.



"Hak perundangan serta kepentingan pelabur asing akan dilindungi, membolehkan sektor perkhidmatan dibuka secara terancang, sekali gus menggerakkan persekitaran perniagaan berorientasikan pasaran dan bertaraf dunia," ujar beliau.



Selain itu, Encik Xi juga berjanji China tidak akan terlibat dalam sebarang pemutusan hubungan.



"Kami tidak akan membalikkan arah atau melawan arus sejarah dengan 'memutuskan hubungan' atau membentuk lingkaran kecil untuk menjauhi pihak lain," katanya.



Ucapan Encik Xi dibuat sedang beliau, dan juga dunia, menunggu petanda tentang bagaimana Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, akan berurusan dengan Beijing.



Sementara itu, Rumah Putih enggan mengatakan sama ada Presiden Donald Trump merancang menyertai sidang puncak Apec itu. - BHM, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >