Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA PERTENGAHAN PENGGAL AMERIKA

Prestasi kurang menyerlah Republikan cetus pergeseran di kalangan anggotanya

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Berita bahawa Parti Demokrat telah menguasai Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya tempoh pertengahan minggu ini, telah mencetuskan pergeseran dalaman Parti Republikan.



Pengkritik mantan presiden Donald Trump menyalahkan beliau kerana menunjukkan prestasi buruk, manakala anggota Republikan lainnya menyalahkan pemimpin Senat mereka, Encik Mitch McConnell.



Sementara itu, Rumah Putih memberi isyarat jelas bahawa Presiden Joe Biden akan bertanding untuk dipilih semula.



Persaingan bagi Dewan Perwakilan AS masih belum dikira.



Republikan masih lagi dijangka akan menang dalam pengundian bagi Dewan Kongres, yang dipercayai akan menggugat rancangan Presiden Biden, tetapi majoriti yang bakal diperolehi oleh Republikan juga dijangka akan berkurang.



Kiraan undi masih lagi diteruskan hingga berita ini ditulis.



Pada hujung minggu lalu, rangkaian berita AS menjangkakan parti Demokrat akan menguasai dua kerusi Senat di Arizona dan Nevada, mengekalkan penguasaan mereka di dewan tersebut.



"Ini adalah pengundian kali ketiga berturut-turut di mana (Encik) Trump telah mengakibatkan kita kehilangan undi," kata Gabenor Maryland dari parti Republikan, Encik Larry Hogan, yang sering mengkritik mantan presiden itu kepada stesen CNN kelmarin.



"Beliau berkata kita sudah lelah dengan sering mendapat kemenangan, tetapi saya pula sudah lelah dengan sering menghadapi kekalahan," katanya.



Tetapi ujian sebenar, menurut seorang koresponden Amerika Utara, Encik Anthony Zurcher, adalah sama ada sekutu Encik Trump akan berpaling kepada beliau dalam beberapa hari dan minggu mendatang.



Sejarah membuktikan parti yang menguasai Rumah Putih biasanya kehilangan kerusi dalam pengundian tempoh pertengahan, dan kelakonan Demokrat tahun ini disifatkan sebagai yang terbaik bagi parti yang memerintah dalam masa sekurang-kurangnya 20 tahun.



"Para peramal politik di Washington berkata kita tidak menang berdasarkan sejarah, sejarah, sejarah," kata Speaker Dewan Perwakilan, Cik Nancy Pelosi, dalam rancangan This Week stesen ABC.



Tetapi Demokrat "tidak pernah menerima pendapat ramalan" dan telah menumpukan perhatian terhadap "perbezaan antara mereka dan pesaingnya", kata seorang anggota kanan Demokrat bagi California pula.



Cik Pelosi adalah di antara segelintir pegawai parti yang menyuarakan sokongan kelmarin bagi pemilihan semula Presiden Biden.



Penasihat Kanan Rumah Putih, Cik Anita Dunn, memberitahu stesen CBS bahawa Encik Biden tidak terpengaruh dengan "apa yang dilakukan oleh pihak lain atau calon lain," dan akan mengumumkan keputusan beliau tidak lama lagi.



Cik Anita berkata, keputusan pengundian tempoh pertengahan itu "cukup penting" bagi agenda parti dan Encik Biden percaya beliau adalah "orang yang terbaik untuk meneruskan pencapaian yang telah dihasilkan".



Sekiranya Encik Biden memutuskan untuk bertanding sekali lagi, ini akan menjadi suatu pertandingan seperti tahun 2020 semasa menentang Encik Trump.



Beliau dijangka membuat pengumuman pada Selasa ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >