Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRN M’sia: Selangor jadi ‘super smart state’ jika PN menang

Aug 12, 2023 | 03:03 PM



Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali, ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, untuk membuang undi disambut ratusan penyokong yang setia menunggu sejak 8 pagi di pusat pengundian di sekolah tersebut yang terletak di Gombak, Selangor.

Datuk Azmin yang tiba bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin, dan ibu saudara pada 8.50 pagi selesai membuang undi kira-kira setengah jam kemudian.

“Alhamdulillah, selesai mengundi. Saya juga menyeru semua pengundi untuk segera menunaikan tanggungjawab ini dan berilah sokongan kepada PN.

“Saya optimis terhadap sokongan pengundi di Hulu Kelang dan yakin PN membentuk kerajaan baru di Selangor. Saya jangka bilangan pengundi yang datang tunaikan tanggungjawab amat memuaskan,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu turut berkongsi keterujaan kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang juga kerusi pertama disandangnya pada pilihan raya 1999, sebelum kemudian menyandang kerusi DUN Bukit Antarabangsa sejak 2008.

“Pastinya saya teruja untuk kembali berkhidmat untuk warga Hulu Kelang kerana di sinilah saya mendapat mandat pertama pada pilihan raya 1999,” katanya yang kemudian turut meninjau beberapa pusat pengundian di Hulu Kelang.

Pengerusi PN Selangor itu yang berpengalaman sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengulangi wawasannya ingin menjadikan Selangor sebagai ‘super smart state’ jika PN berjaya membentuk kerajaan di negeri itu.

Dalam pada itu, pengundi di pusat mengundi SK Klang Gate turut ‘terhibur’ dengan kehadiran selebriti terkenal, Encik Azwan Ali, yang menjadi antara pengundi terawal tiba di pusat berkenaan.

Beliau yang juga adik kepada Datuk Azmin Ali, pernah bertanding di DUN Kelang Gate sebagai calon bebas menentang abangnya itu pada PRN 2018.

Kerusi DUN Hulu Kelang antara yang paling menarik tumpuan berikutan Datuk Azmin akan dicabar bekas anak didiknya, Cik Juwairiya Zulkifli, yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >