Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Produk pilihan raya meriahkan suasana, laris bak pisang goreng panas

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



DEMAM pilihan raya di Malaysia telah membuka pintu rezeki tambahan bagi perniagaan di negara itu.



Daripada kemeja-T kepada payung dan tudung, perusahaan tempatan kreatif menghasilkan pelbagai produk untuk memeriahkan lagi suasana berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.



Bagi jenama tudung bawal tempatan, Kekaboo, koleksi tudung 'Malaysia Memilih' yang dilancarkannya sempena PRU15 itu cukup laris bak pisang goreng panas, dengan mendapat sambutan daripada parti politik yang membelinya secara pukal serta pembeli individu.



Malah menurut pemilik bersama Kekaboo, Cik Nur Hazwani Abdul Zainal, 32 tahun, lebih 20,000 helai tudung itu telah dijual dalam masa dua minggu selepas ia dilancarkan.



Koleksi tudung khas sempena PRU15 itu menawarkan 14 motif - 13 dengan motif logo parti berbeza dan satu dengan motif pelbagai parti.



Memberitahu Berita Harian apakah yang mendorong mereka untuk menghasilkan tudung PRU itu, Cik Nur Hazwani berkata ejen, stokis dan pelanggannya asyik bertanya sama ada mereka akan mengeluarkan koleksi tudung PRU sejak mulanya terdapat ura-ura Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum tahun ini.



"Saya pun macam tertanya, eh betul tak ini, kerana kami pun tak pernah keluarkan tudung PRU sebelum ini.



"Tapi kami cuba buat contoh tudung dengan motif logo tujuh parti besar saja dan memuat naik videonya di TikTok. Selepas itu, ia terus tular dan kami mendapat banyak permintaan, dengan ramai juga yang bertanya 'parti ini tak ada ke, parti tu tak ada ke'," ujarnya.



Tambahnya, ini mendorong mereka untuk menghasilkan tudung dengan motif enam lagi logo parti politik.



Namun selepas itu, Cik Nur Hazwani berkata mereka mendapat permintaan berbeza pula daripada pengundi yang mahu memastikan undi mereka benar-benar rahsia.



"Ada pelanggan yang berkata mereka tak mahu nampak ketara sangat parti mana yang mereka nak undi.



"Sesetengah mereka pula berkata mereka belum pasti nak pangkah parti yang mana pada kertas undi nanti," ujarnya.



Maka terhasillah satu lagi motif tudung dalam koleksi 'Malaysia Memilih Kekaboo' itu, yang memaparkan logo parti yang berbeza-beza.



Diusik wartawan motif tudung manakah yang paling laris dalam koleksi tersebut, Cik Nur Hazwani yang berasal dari Temerloh, Pahang, tertawa sambil berkata:



"Soalan sensitif ni!



"Tapi yang paling laris biasalah, tiga (parti) yang utama, iaitu Umno, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)."



Sejak tempoh berkempen bagi PRU15 bermula lebih seminggu lalu, pelbagai produk dengan corak menarik dilihat digunakan parti politik serta orang ramai untuk memeriahkan lagi suasana pilihan raya di Malaysia.



Ini termasuk kemeja-T, topi, payung, lencana dan banyak lagi selain bendera kecil dan besar yang lazimnya digunakan.



Bagi Cik Nur Hazwani, usaha mengeluarkan koleksi tudung PRU itu juga merupakan sebahagian usahanya untuk menambah kemeriahan suasana menjelang hari mengundi itu.



"Setelah lama kita lalui Covid-19, saya rasa ini peristiwa paling besar di Malaysia, jadi tujuan kami sekadar nak meriahkan lagi suasana.



"Kami gembira dapat menyumbang, dengan setiap parti berbeza juga boleh memakai tudung yang ada logo parti mereka dengan selesa, lebih-lebih lagi semasa berkempen," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >