Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program nuklear: AS kecualikan sekatan untuk pujuk Iran runding

Feb 6, 2022 | 5:30 AM
6780d22a-f513-40ae-9342-be2df62fb388
-

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat membuat keputusan mengecualikan sekatan terhadap program nuklear Iran sebagai langkah teknikal untuk kembali kepada perjanjian 2015.

Pegawai kanan Jabatan Negara berkata lanjutan pengecualian yang ditamatkan pada masa pemerintahan bekas Presiden Donald Trump pada 2020 itu penting untuk memastikan Iran patuh pada syarat ditetapkan.

Katanya, langkah itu perlu jika perjanjian baru mengawal program nuklear Tehran dapat dicapai dalam perbincangan di Vienna.

Pengecualian itu membolehkan negara dan syarikat lain mengambil bahagian dalam program nuklear Iran tanpa menyebabkan sekatan Amerika ke atas mereka atas nama mempromosikan keselamatan dan pencegahan.

Langkah itu dibuat ketika perbincangan memulihkan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA) berlangsung, namun ditarik balik Presiden Trump secara unilateral pada 2018.

Presiden Joe Biden kemudian bertindak pantas untuk kembali kepada perjanjian itu tetapi Iran ketika itu semakin hampir menghasilkan bahan mencukupi bagi pembuatan senjata nuklear.

Rundingan di Vienna yang disertai Iran, Amerika, Britain, China, Perancis, Jerman dan Russia, berada di peringkat penting.

Ia menyaksikan pihak-pihak berkepentingan perlu membuat 'keputusan politik kritikal', kata seorang pegawai kanan Amerika minggu lalu.

"Perbincangan teknikal yang dibantu pengecualian sekaran itu perlu pada minggu terakhir rundingan Suruhanjaya Bersama Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA)," kata pegawai Jabatan Negara, kelmarin.

Program nuklear Iran diketahui meningkatkan stok penimbal pengayaan uranium.

Pakar Iran dalam Majlis Atlantik, Cik Barbara Slavin, berkata lanjutan semula pengecualian itu adalah satu langkah positif.

"Ia adalah prasyarat yang diperlukan untuk memulihkan JCPOA dan ia menjadi petanda yang baik dan ia boleh dicapai.

"Sekatan itu adalah antara yang tidak betul dan paling tidak produktif dikenakan pentadbiran terdahulu," katanya.

Hubungan Washington-Teheran terus tegang apabila tentera laut Amerika bulan lalu memintas sebuah kapal membawa 40 tan baja yang boleh diguna untuk membuat bahan letupan ketika dalam perjalanan dari Iran di sepanjang laluan yang sebelum ini digunakan bagi menyeludup senjata kepada pemberontak Houthi Yaman.

Siasatan tentera laut Amerika itu turut menemui ribuan senjata dan diserahkan kepada pengawal pantai Yaman selepas memintasnya di perairan antarabangsa di Teluk Oman. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg