Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Program nuklear: AS mungkin paksa Iran kembali ke meja rundingan

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/PARIS: Pentadbiran Presiden Joe Biden membayangkan Amerika Syarikat mungkin memaksa Iran untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan program nuklearnya jika usaha memujuk negara itu terus gagal.



Setiausaha Negara AS, Encik Antony Blinken, menyuarakan kekecewaannya selepas rundingan tiga hala dengan diplomat kanan Israel dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) - sekutu kuat AS yang berkongsi kebimbangan dengan tindak tanduk Teheran.



"Kami tetap yakin diplomasi adalah langkah terbaik tetapi ia memerlukan kerjasama dua pihak dan kami tidak melihat Iran bersedia ke arah itu.



"Kami bersedia beralih ke pilihan lain jika Iran tidak mengubah pendirian mereka," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar Israel, Encik Yair Lapid, kelmarin.



Encik Blinken menyediakan tawaran baru Presiden Biden untuk Iran kembali berunding berhubung program nuklear negara itu selepas persetujuan pada 2015 dibatalkan mantan Presiden Donald Trump.



Susulan itu, Iran kembali meningkatkan kegiatan nuklearnya sebagai tindak balas pelanggaran janji menarik balik sekatan dikenakan terhadap negara itu.



Sementara itu, Encik Lapid berkata semua pihak yang terbabit perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pendirian AS.



"Israel dan AS percaya akan tiba waktu negara terbabit perlu menggunakan kekerasan untuk melindungi dunia daripada 'kejahatan'.



"Jika rejim 'pengganas' (Iran) ini ingin memiliki senjata nuklear, kita perlu bertindak. Kita perlu memastikan masyarakat dunia menolaknya.



"Israel berhak untuk bertindak dalam apa juga cara. Ini bukan sekadar hak kita, tetapi tanggungjawab bersama," katanya.



Sementara itu wakil Kesatuan Eropah (EU), Encik Enrique Mora, bercadang melawat Teheran semalam dan membangkitkan kepentingan rundingan itu.



Pentadbiran Biden sebelum ini mengadakan enam rundingan tidak langsung dengan Iran dan Encik Mora menjadi 'orang tengah' tetapi ia terhenti selepas Encik Ebrahim Raisi diangkat sebagai Presiden Iran yang baru.



Perunding AS di Iran, Encik Rob Malley, berkata rundingan adalah jalan penyelesaian terbaik walaupun bersikap realistik dengan perkembangan yang berlaku ketika ini.



"Kami tahu sekurang-kurangnya ada kemungkinan Iran akan memilih laluan berbeza dan kita perlu merancang dengan Israel dan sekutu di rantau itu," katanya.



Sementara itu, Iran mengulangi kesediaannya mahu kembali ke meja rundingan tetapi tidak menyatakan bila akan sedia berunding. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >