Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RAHAT PEMIMPIN SINGAPURA-INDONESIA

Program pertukaran, bekerja sambil belajar bagi pelajar SG, Indonesia

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



PARA pelajar Singapura dan Indonesia akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai program pertukaran dan bekerja sambil belajar.



Rangkaian Universiti RISING (Indonesia-Singapura) akan juga dibentuk meliputi universiti kedua negara membincangkan dan memperkukuh kolaborasi di peringkat pendidikan tinggi, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE).



MOE dan Kementerian Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi (MOECRT) Indonesia telah memeterai satu Aturan Rangka Kerja Modal Insan (HCPA) kelmarin sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang berlangsung semalam.



"HCPA akan meluaskan peluang bagi pelajar Singapura dan Indonesia menyertai pertukaran luar negara agar mereka dapat meningkatkan pemahaman negara dan mempersiapkan mereka untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan rantau ini," ujar MOE.



Di bawah kerjasama itu, satu Perjanjian Mobiliti Belia (YMA) akan dibentuk yang membolehkan mahasiswa universiti dan siswazah baru mengambil program bekerja sambil belajar sehingga enam bulan di Indonesia dan sebaliknya.



Sehingga 300 orang boleh menyertainya setiap tahun apabila dilancarkan.



Tenaga pengajar di universiti dan Latihan dan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) Indonesia akan mendapat latihan dalam pembangunan keupayaan.



Peluang baru juga akan dibuka bagi pertukaran pelajar TVET di sini bagi mempromosikan pembelajaran dan pemahaman budaya.



Dalam pada itu, lebih banyak kerjasama bagi ekonomi kitaran semula akan ditingkatkan antara Singapura dengan Indonesia.



Ini hasil memorandum persefahaman (MOU) antara Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dengan Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas) dalam pembangunan ekonomi hijau dan kitaran semula.



"Bidang kerjasama yang berpotensi termasuk mengoptimumkan sumber dan inisiatif kitar semula bagi menangani sisa elektronik, makanan dan pembungkusan seperti plastik, potensi projek sektor swasta dan mengongsi kepakaran dalam pengurusan sisa dan pembangunan ekonomi hijau," ujar MSE.



Sementara itu, kedua negara akan membentuk kumpulan kerja Bekalan Indonesia-Singapura yang menjadi wadah rasmi bagi para pegawai membincangkan dan bekerja sama dalam bidang-bidang kepentingan bersama seperti dagangan elektrik antara sempadan dan pembiayaan bekalan karbon rendah.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Sri Mulyani Indrawati memeterai memorandum persefahaman (MOU) secara digital kelmarin bagi satu kerjasama kewangan meliputi bidang baru seperti khidmat kewangan, kewangan iklim dan ekonomi digital, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).



"MOU itu mengesahkan kerjasama yang berpanjangan yang pelbagai bidang antara kedua negara," kata MOF. Bidang baru itu adalah tambahan kepada kerjasama tradisional meliputi bidang kerjasama kastam dan dasar fiskal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >