Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Projek hotel pertama di Nusantara mula dibina

Sep 22, 2023 | 03:46 PM



NUSANTARA (Kalimantan Timur): Pembangunan kini rancak dijalankan di Nusantara, ibu negara baru Indonesia, di Kalimantan Timur, dengan yang terkini melibatkan pembinaan sebuah hotel.


Encik Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Encik Jokowi pada Khamis meletakkan batu asas bagi projek pembinaan hotel pertama di kawasan yang pesat membangun sekarang ini.

Hotel mercu tanda ini, yang dinamakan ‘Hotel Nusantara’ sempena ibu negara baru itu, sedang dibangunkan oleh konsortium perniagaan terkemuka Indonesia, yang diterajui oleh Encik Sugianto Kusuma, yang juga dikenali sebagai Encik Aguan.

Encik Aguan ialah pemilik syarikat hartanah terkenal Agung Sedayu Group.

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Jokowi melahirkan rasa terima kasih kepada Encik Aguan dan rakan-rakannya di atas kehadiran mereka dan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur di Nusantara.

“Projek ini berfungsi sebagai pemangkin yang akan menarik ramai pelabur lain ke Nusantara. Saya yakin tentang itu,” ujar Encik Jokowi.

Pembinaan Hotel Nusantara dianggar melibatkan pelaburan sebanyak 20 trilion rupiah ($1.8 bilion).

Encik Jokowi turut mendedahkan bahawa projek tambahan sektor swasta akan dimulakan tidak lama lagi. Ia memberi tumpuan kepada pembinaan hospital, pusat runcit, institusi pendidikan dan kemudahan penting lain.

Pembangunan itu akan melengkapkan pembinaan prasarana asas yang berterusan, termasuk jalan raya, lapangan terbang, bekalan air dan elektrik serta bangunan-bangunan awam, yang dilaksana pemerintah.

Pemerintah menyasarkan untuk memindahkan ibu negara secara rasmi dari Jakarta ke Nusantara semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada Ogos 2024.

Dalam laporan media Indonesia sebelum ini, Encik Jokowi menyifatkan projek membangunkan Nusantara sebagai yang terbesar di dunia.

“Kami berani membuka pusat ekonomi baru, iaitu Nusantara. Dan projek terbesar dunia adalah di ibu negara Nusantara Indonesia,” kata beliau.

Menurutnya, Nusantara mempunyai 34,000 hektar tanah yang boleh dibeli.

Beliau menambah: “Tiada yang percuma (di Nusantara). Pergi tanya ketua badan berkuasa bandar (Encik Bambang Susantono) jika anda ingin tahu harganya. Ini adalah peluang.”

Menurut anggaran awal pemerintah, jumlah kos untuk membangunkan Nusantara bakal mencecah 466 trilion rupiah.

Indonesia merancang menggunakan hanya bajet negara untuk membayar 20 peratus daripada jumlah kos itu, dengan selebihnya dibiayai oleh pelaburan swasta.

Pihak berkuasa Nusantara pada pertengahan Jun melaporkan bahawa projek mega itu telah mengumpulkan lebih 200 surat zahirkan hasrat (LOI).

Sekitar 106 daripadanya datang daripada pelabur domestik. Jepun menjadi pelabur asing paling menunjukkan minat pada Nusantara, mengemukakan 26 LOI. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >