Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Serambi Saudi’ di Masjidil Haram mampu tampung 287,000 jemaah

May 22, 2023 | 4:23 PM
LEBIH LUAS: Projek peluasan kawasan tawaf atau mataf di Masjidil Haram dikenali sebagai serambi Saudi.
LEBIH LUAS: Projek peluasan kawasan tawaf atau mataf di Masjidil Haram dikenali sebagai serambi Saudi. - Foto Twitter ReasahAlharmain

MAKKAH: Projek peluasan kawasan tawaf atau mataf di Masjidil Haram yang dikenali sebagai serambi Saudi mampu menampung 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 jemaah melakukan tawaf dalam tempoh satu jam.

Ketua Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, berkata pihak berkuasa tinggi negara itu mengeluarkan kelulusan untuk menamakan projek itu sebagai serambi Saudi.

Beliau berkata serambi Saudi yang mengelilingi serambi Abbasiyah menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah dan pengunjung Masjidil Haram sebelum ini.

Ia terdiri daripada empat tingkat, iaitu tingkat bawah, tingkat satu, mezanin tingkat dua, dan bumbung.

Serambi Saudi termasuk projek pembesaran mataf di belakang serambi Abbasiyah dan halaman sekitar Kaabah.

“Raja Abdul Aziz, pengasas Arab Saudi moden, mengarahkan pembesaran Masjidil Haram untuk menampung jumlah jemaah haji yang semakin meningkat dengan kerja-kerja peningkatan bermula pada zaman Raja Saud pada 1955.

“Peluasan bangunan serambi itu berterusan ketika era Raja Saud, Raja Faisal dan Raja Khalid,” katanya sambil menyatakan pembesaran projek itu dalam fasa penyiapan dalam tempoh Raja Fahd dan Raja Abdullah dan era sekarang Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman.

Katanya, serambi Saudi menyediakan ruang lebih luas untuk jemaah mengikut piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat.

“Ia juga dibezakan dengan ketersediaan semua perkhidmatan teknikal, serta sistem bunyi dan pencahayaan, yang menyumbang kepada mewujudkan suasana rohani yang sangat diperlukan untuk jemaah,” katanya. - Agensi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg