Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Promosi makanan kurang sihat dilarang di Britain mulai Apr 2022

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Britain akan melarang promosi "Beli satu, dapat satu percuma" bagi makanan dengan kandungan tinggi lemak, gula dan garam, di samping penyediaan khidmat menambah minuman dengan kandungan tinggi gula di restoran mulai April 2022.



Demikian diumumkan kerajaan negara itu semalam sebagai usaha menangani masalah kegemukan dan memperbaiki tahap kesihatan awam.



Menurutnya, kegemukan salah satu masalah kesihatan awam jangka panjang, dengan hampir dua pertiga orang dewasa di Britain dikategorikan mempunyai berat badan melebihi berat badan sesuai, atau mengalami kegemukan.



Langkah itu turut melibatkan usaha menempatkan papan tanda promosi sebegitu dalam sesebuah kedai.



Promosi seperti itu misalnya tidak dibenarkan lagi ditempatkan di kawasan keluar dan masuk kedai atau penghujung lorong dalam pasar raya.



"Kami mengehadkan promosi sambil mengenalkan beberapa langkah bagi memastikan pilihan lebih sihat menjadi mudah.



"Penciptaan persekitaran yang membantu orang ramai makan makanan lebih sihat secara kerap penting bagi usaha memperbaiki kesihatan warga negara," ujar Menteri Kesihatan Awam Jo Churchill.



Julai lalu, Britain buat julung-julung kalinya mengemukakan saranan mengehadkan promosi "Beli satu, dapat satu percuma" bagi makanan cepat dimasak.



Mereka turut mengumumkan langkah seperti melarang penyiaran iklan televisyen dan Internet berkaitan cemil-cemilan sebelum 9 malam.



Bulan lalu, kerajaan Britain terus mengusulkan larangan mutlak terhadap pengiklanan makanan tidak sihat dalam talian.



Masalah kegemukan juga terbukti meningkatkan risiko berlakunya penyakit serius atau kematian ekoran jangkitan Covid-19 - fakta yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson sendiri tentang dirinya, yang perlu mengurangkan berat badan setelah dimasukkan ke hospital ekoran penyakit tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >