Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Proses Brexit dimulakan Mac, Britain keluar EU 2019: May

Oct 3, 2016 | 9:19 AM
Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, menyampaikan ucapan pada hari pertama persidangan tahun parti Konservatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmingham pada 2 Oktober 2016.
Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, menyampaikan ucapan pada hari pertama persidangan tahun parti Konservatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmingham pada 2 Oktober 2016. - GAMBAR AFP

BIRMINGHAM: Britain mungkin keluar dari Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2019, selepas Perdana Menteri Theresa May berkata beliau akan memulakan proses formal untuk Brexit menjelang akhir Mac tahun depan.

Cik May, yang menghadapi tekanan daripada ahli politik dan perniagaan sejak menjadi Perdana Menteri pada Julai supaya menawarkan jadual waktu bagi pelan Brexit beliau, membuat pengumuman itu pada majlis perasmian persidangan tahunan Parti Konservatif di Birmingham pada Ahad (2 Okt).

"Brexit bermakna Brexit, dan kami akan membuat ia berjaya," ujar Cik May, menggunakan kata-kata hikmah yang sering diulanginya, dengan disambut tepukan daripada anggota parti.

Pada Jun, undi mengejut Britain untuk meninggalkan EU, rakan dagangan terbesarnya, memeranjatkan pasaran kewangan dan membuat mata wang pound sterling jatuh ke paras terendah.

Untuk memulakan proses keluar daripada EU, Cik May perlu menggerakkan Pasal 50 Perjanjian Lisbon EU, yang akan memberi Britain tempoh dua tahun untuk keluar.

Di bawah pelan itu, Brexit akan lengkap pada 2019, 46 tahun selepas negara itu menyertai EU.

Dalam temu bual dengan BBC sebelum ucapannya, Cik May berkata beliau juga akan memperkenal satu Rang Undang-Undang tahun depan untuk menukar semua undang-undang EU ke dalam undang-undang Britain pada hari Brexit selesai. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg