Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA THAILAND

Proses lantik PM baru Thailand bukan urusan mudah

May 17, 2023 | 05:30 AM



BANGKOK: Parti Move Forward (MFP) memenangi kerusi Parlimen terbanyak dalam pilihan raya umum Thailand Ahad lalu.



Ia juga mengumumkan kerjasama dengan lima parti lain yang akan memberi gabungan itu 309 kerusi daripada 500 kerusi Dewan Rakyat.



Namun, untuk pemimpin MFP, Encik Pita Limjaroenrat, dilantik sebagai perdana menteri bukanlah satu urusan mudah.



Dewan Senat, yang penuh dengan anggota protentera dan mempunyai 250 kerusi, boleh juga membuat keputusan bersama dengan Dewan Rakyat tentang siapa yang bakal menjadi perdana menteri.



Terdapat beberapa senario yang boleh berlaku, lapor The Straits Times (ST).



PITA JADI PERDANA MENTERI



Sekurang-kurangnya 376 undi diperlukan daripada 750 kerusi Dewan Kebangsaan Thai untuk melantik perdana menteri.



Dalam senario ini, MFP berjaya memujuk sekurang-kurangnya 67 senator untuk menyertai gabungannya dalam mengundi Encik Pita sebagai perdana menteri.



Pakatan kerajaan kemudian menubuhkan kerajaan majoriti yang dipimpin Encik Pita.



PRAYUT JADI PERDANA MENTERI



MFP berjanji untuk meminda undang-undang lese majeste, yang menjenayahkan tindakan menghina atau memfitnah raja dan keluarga diraja dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.



Ini mungkin tidak sesuai dengan anggota senator, memandangkan kecenderungan diraja mereka.



Senator boleh menyokong perdana menteri sementara, Encik Prayut Chan-o-cha, sebagai perdana menteri Thailand selanjutnya.



Bekas ketua tentera itu, yang menerajui Thailand sejak 2014 apabila beliau melakukan rampasan kuasa tentera yang menggulingkan kerajaan awam, adalah calon perdana menteri parti United Thai Nation (UTN).



Mengikut keputusan awal, UTN menang 36 kerusi termasuk 23 kerusi kawasan undi.



Dengan sokongan Senat, UTN boleh melantik Encik Prayut sebagai perdana menteri jika ia berjaya mengumpul undi daripada parti-parti sehaluan dan mempunyai sekurang-kurangnya 90 kerusi di Dewan Rakyat.



Ini bermakna Encik Prayut akan memimpin kerajaan minoriti. Pengaturan sedemikian akan menjadi tidak stabil, kerana kerajaannya sama ada tidak dapat meluluskan undang-undang atau terpaksa bergantung pada rundingan rumit untuk menyelesaikan setiap satu isu.



PITA HILANG KELAYAKAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN



Seorang ahli politik konservatif, Encik Ruangkrai Leekitwattana dari Parti Palang Pracharath, mendakwa Encik Pita secara haram memiliki saham dalam sebuah syarikat media yang kini tidak lagi berfungsi.



Encik Pita menjelaskan beliau memiliki saham itu hanya sebagai pelaksana wasiat arwah bapanya.



Namun, suruhanjaya pilihan raya bertanggungjawab untuk menyiasat aduan itu bersama-sama dengan aduan lain yang diterimanya menjelang pilihan raya Ahad lalu.



Ia dijangka mengambil masa sehingga dua bulan untuk menyelesaikan siasatan.



Jika siasatan merumuskan Encik Pita memang bersalah, beliau boleh hilang kelayakan sebagai AP. Tidak jelas sama ada terdapat akibat undang-undang lain buat parti itu.



PARTI MOVE FORWARD DIBUBARKAN



Politik Thai dipenuhi dengan contoh pembubaran parti yang kontroversi. Dua pendahulu awal Parti Pheu Thai - Parti Thai Rak Thai dan People's Power Party - telah dibubarkan kerana penipuan pilihan raya selepas kemenangan dalam pilihan raya sebelum ini.



Pendahulu MFP, Parti Future Forward, telah dibubarkan pada 2020 berkaitan pinjaman yang diberi pemimpinnya kepada parti itu, yang mahkamah perlembagaan anggap sebagai derma haram.



Walaupun pada masa ini tiada aduan khusus yang boleh menyebabkan MFP dibubarkan, pemerhati berkata ini sesuatu yang tidak boleh diketepikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >