Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Protes meletus di tenggara Iran susulan seruan tindakan keras

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



DUBAI: Penunjuk perasaan bertindak menyerang beberapa bank ketika protes meletus di sebuah kawasan dekat tenggara Iran semalam, lapor media tempatan.



Oleh itu, ulama kanan republik itu menggesa pelaksanaan langkah ketat untuk menentang penunjuk perasaan di seluruh negara itu.



Di Tehran, seorang ulama berpengaruh, Encik Ahmad Khatami, mahu badan kehakiman berurusan dengan perusuh yang didapati mengkhianat negara.



"Mereka memberitahu kanak-kanak yang ditipu, jika mereka duduk di jalanan selama seminggu maka rejim akan tumbang. Bermimpilah," katanya dalam khutbah solat Jumaat.



Iran juga menyalahkan 'samseng' yang dikaitkan dengan 'musuh asing' kerana rusuhan itu berlaku.



Ulama tertinggi Sunni di Zahedan, Encik Molavi Abdolhamid, mempersoalkan atas sebab apa penunjuk perasaan dibunuh?



"Atas jenayah apa mereka dibunuh? Pegawai, semua pengurus negara, pemimpin agung republik Islam (Khamenei) yang mengarahkan kesemua pasukan bersenjata perlu bertanggungjawab sebelum tuhan," katanya menerusi video ketika beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Zahedan yang dimuat naik di laman webnya.



Menurut laporan media tempatan, terdapat beberapa individu bersenjata dan tidak dapat dipastikan identitinya bertindak melepaskan tembakan ke arah balai polis, memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan balas.



Sudah lima minggu Iran dibelenggu dengan tunjuk perasaan yang meletus ekoran kematian wanita, Cik Mahsa Amini, 22 tahun, dalam tahanan polis bulan lalu.



Memetik laporan agensi IRNA, ketua polis wilayah, Encik Ahmad Taheri, berkata semalam sahaja, polis menahan sekurang-kurangnya 57 orang yang digelar sebagai perusuh selepas penunjuk perasaan membaling batu dan menyerang beberapa bank di bandar Zahedan.



Mengikut laporan stesen televisyen, lebih 300 penunjuk perasaan berarak di bandar terbabit selepas solat Jumaat.



Ia memaparkan tingkap beberapa bank dan kedai dipecahkan.



Terdapat video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan ribuan penunjuk perasaan melaungkan 'kematian untuk diktator' yang merujuk kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.



Mereka turut melaungkan 'kematian untuk Basijis' yang ditujukan kepada pertubuhan ala tentera Basij yang digunakan secara meluas untuk menyuraikan penunjuk perasaan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >