Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU14: Azwan Ali sah bertanding, janji henti kecam abang Azmin

Apr 28, 2018 | 04:30 PM



AMPANG: Selebriti kontroversi  Azwan Ali sah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi  Bukit Antarabangsa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada   Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Malaysia, sekali gus bakal menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Selain Azwan, Datuk Seri  Azmin (Parti Keadilan Rakyat (PKR)),   penyandang kerusi itu yang juga Menteri Besar Selangor,     ditentang tiga calon muka baru, iaitu  Cik  Salwa Yunus (Barisan Nasional (BN)),  Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (Parti Islam SeMalaysia (PAS)) dan Encik Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia (PRM)).



Azwan, yang lebih dikenali sebagai Diva AA,  ketika ditemui berkata sebaik namanya diterima sebagai calon Bebas selepas Hari Pencalonan pada Sabtu (28 April),  beliau tekad menghentikan segala kecaman terhadap Datuk Seri  Azmin, sebaliknya mahu fokus pada  kebajikan pengundi di kawasan undi itu.



Beliau berkata  manifestonya   cukup jelas, iaitu rakyat nombor satu dan tidak akan mengambil tahu mengenai abangnya itu   lagi.



“Memang pada awalnya saya berjanji akan  menelanjangkan dia,    namun adalah lebih baik bila saya diterima sebagai calon kawasan ini, saya bercakap perkara-perkara yang menguntungkan rakyat di Bukit Antarabangsa,” katanya, lapor BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >